CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 861|Reply: 0

[Johor] Anggota polis didakwa ambil dadah

[Copy link]
Post time 25-10-2023 04:10 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN

Kuala Pilah: Anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini terhadap pertuduhan memberi dadah kepada diri sendiri, bulan lalu.

Tertuduh, Koperal Mohd Arif Akmal Rahmad, 31, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati memberikan kepada diri sendiri dadah berbahaya jenis 11-nor-delta-9- tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah pada 9.30 pagi 11 September lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 15 (1) akta sama dan dibaca bersama dengan Seksyen 38B akta yang sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau hukuman penjara tidak lebih daripada dua tahun dan dikenakan pengawasan tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih tiga tahun.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Peh Fong Xi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh dalam rayuannya memohon jaminan dikurangkan berikutan mempunyai tanggungan selain isterinya tidak bekerja.

Mahkamah mengarahkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 November ini untuk sebutan semula kes.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... didakwa-ambil-dadah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.077000 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list