View: 941|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
KPDN perkasa penguatkuasaan penyelewengan diesel
[Copy link]
|
|
Antara kejayaan serbuan terhadap sindiket penyelewengan diesel bersubsidi di Negeri Sembilan yang dilaksanakan KPDN. Foto ihsan KPDN.
Seremban: Stor haram di kawasan tersorok di Lukut dan Rantau di negeri ini dikenal pasti dijadikan lokasi oleh sindiket untuk melakukan pemindahan diesel bersubsidi bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Dalam beberapa serbuan Ops Tiris, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan mengesan dua lokasi terbabit sebagai tempat persinggahan atau transit untuk bahan bakar berkenaan.
Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, sebanyak 854,382 liter diesel bersubsidi dianggarkan bernilai lebih RM2 juta dirampas pada tahun ini menerusi 67 kes dalam Ops Tapis.
Menurutnya, pada tahun lalu, pihaknya 281,751 liter diesel bersubsidi dengan nilai dianggarkan RM444,584 membabitkan 27 kes.
Katanya, siasatan mendapati sindiket menggunakan modus operandi meletakkan beberapa tangki dalam lori 'bonded' yang diubah suai.
"Mereka akan mengisi diesel di mana-mana stesen minyak termasuk di Kuala Lumpur dan Selangor dalam jumlah yang banyak dan akan membawa bahan bakar itu ke tempat pemindahan.
"Kebiasaannya lokasi yang menjadi tumpuan untuk dijadikan tempat pemindahan adalah stor haram di kawasan perindustrian yang tersorok. Jika di Negeri Sembilan, kebanyakan kes dihasilkan di kawasan Lukut dan Rantau.
"Antara faktor lain yang menyebabkan lokasi ini menjadi tumpuan adalah kerana terdapat laluan alternatif atau sunyi yang digunakan sindiket untuk membawa diesel bagi menyukarkan ia daripada dikesan pihak berkuasa," katanya.
Justeru, katanya, pihaknya tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... enyelewengan-diesel |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|