CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1143|Reply: 0

[Johor] Dihalau rumah, 7 sekeluarga terpaksa tinggal dalam kereta

[Copy link]
Post time 25-10-2023 05:26 PM | Show all posts |Read mode

MAINJ menyelamatkan tujuh beranak yang tinggal dalam kereta selama dua minggu. FOTO IHSAN MAINJ

Johor Bahru : Sepasang suami isteri bersama lima anak kecil mereka berusia dua hingga 14 tahun terpaksa tinggal dalam kereta sejak dua minggu lalu akibat dihalau keluar kediaman berpunca masalah keluarga.

Bagaimanapun nasib keluarga itu mendapat perhatian dan berjaya diselamatkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Skudai, petang kelmarin.

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam MAINJ, daerah Johor Bahru, Mohd Mikail Mohf Rais berkata, maklumat mengenai keluarga itu disalurkan masyarakat di laman sosial, facebook MAINJ dengan butiran lengkap.

"Selepas mendapat maklumat, kami terus ke lokasi dan bertemu dengan keluarga ini. Amat kasihan kerana mereka tinggal dan tidur di dalam kereta Proton Iswara.

"Hasil temu bual dengan ketua keluarga berusia 31 tahun, lelaki itu memaklumkan menumpang tinggal di rumah ibu mentua di sekitar Kampung Pasir, Skudai namun dihalau atas masalah keluarga.

"Sebelum dihalau, ketua keluarga ini bekerja sambilan dengan membuat pelbagai pekerjaan. Namun sejak dua minggu lalu, dia sukar bekerja dan meninggalkan anak kecil serta isteri di dalam kereta," katanya semalam.

Menurut Mohd Mikael, keluarga itu kini ditempatkan di rumah transit MAINJ selama tempoh enam bulan.

"MAINJ turut menyumbangkan barangan dapur sebagai memudahkan keluarga itu. Dalam tempoh dua minggu, saya dimaklumkan empat anak pasangan ini yang berusia lima, lapan, sepuluh dan 14 tahun juga tidak bersekolah.

"Hari ini saya dimaklumkan, ketua keluarga dalam proses mencari pekerjaan, begitu juga isterinya berusia 36 tahun yang menyatakan kesediaan bekerja sekiranya ada pihak yang sudi menjaga anak mereka.

"MAINJ membantu menyediakan rumah transit selama enam bulan dengan kadar sewaan ditanggung MAINJ. Tetapi dalam tempoh itu keluarga perlu berusaha untuk mendapatkan pekerjaan untuk menyara kehidupan sendiri," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... inggal-dalam-kereta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.361667 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list