CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1903|Reply: 1

[Perak] Mangsa banjir di Perak kekal 277 orang

[Copy link]
Post time 26-10-2023 01:51 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Ipoh: Jumlah mangsa banjir di Perak kekal dengan 277 orang daripada 88 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir itu tidak berubah sejak 8 pagi tadi.

JPBN memaklumkan di daerah Hilir Perak 186 mangsa daripada 59 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak melibatkan penduduk Lorong Kedah, Lorong Belakang Klinik, Batu 9 Simpang Tiga, Batu 7, Batu 9, Batu 10 dan Lorong Sidang Osman.

"Selain itu terdapat 58 mangsa daripada 22 keluarga dari Kampung Kilang Kacang dan Kampung Batu 9 Changkat Jong ditempatkan di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap.

"PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak di Kerian pula menempatkan 33 mangsa daripada tujuh keluarga dari Kampung Matang Tengah seperti malam tadi," menurut kenyataan itu.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras air Sungai Bidor setakat ini masih berada pada tahap bahaya dengan ketinggian 3.93 meter berbanding 3.97 meter malam tadi melepasi paras normal iaitu 2 meter.

Sekretariat turut memaklumkan Jalan Kubu Gajah Ijok-Sumpitan di Selama ditutup kepada semua kenderaan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) akibat tanah runtuh dan orang ramai boleh mengguna laluan alternatif di Jalan Pintasan Kampung Sumpitan-Kampung Masjid.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rak-kekal-277-orang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 05:17 PM | Show all posts
perak also start banjir?
semoga dipermudahkan urusan org sana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.033502 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list