View: 1879|Reply: 0
|
[Selangor]
Mujur sindiket tak paksa telan pil gugur janin
[Copy link]
|
|
Tiga rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar (dari kanan) Vincent, John dan Sally yang diselamatkan MHO tiba di klia2 dari Bangkok, Thailand semalam. FOTO Samadi Ahmad
Sepang: "Mujur saya segera diselamatkan. Jika terlambat pasti sindiket yang menculik kami akan memaksa saya menggugurkan bayi di dalam kandungan," kata Sally (bukan nama sebenar) yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar.
Mangsa berasal dari Johor Bahru itu adalah antara tiga individu dikurung sindiket di Myanmar sebelum selamat dibawa pulang ke tanah air semalam.
Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dari Bangkok, Thailand jam 4.30 petang diiringi ahli jawatankuasa Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO), Azirul Shafiq.
Sally yang kini mengandung lima bulan memaklumkan berlepas ke Bangkok, Thailand bersama suami, John (bukan nama sebenar) 30-an pada 16 Oktober lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru.
Turut bersama mereka adalah seorang lagi mangsa, Vincent,28, yang pernah bekerja di sebuah kilang di Singapura.
"Keseluruhan kos perjalanan ditanggung oleh ejen sindiket dikenali melalui laman Facebook.
"Kami tertarik dengan gaji tinggi diiklankan pihak sindiket yang menawarkan RM15,000 dengan tambahan komisyen sebanyak 25 peratus setiap bulan sebagai pegawai khidmat pelanggan di Thailand.
Katanya, dia dan suami mengambil keputusan menerima tawaran lumayan itu bagi menambah pendapatan selain persediaan menyambut kehadiran anak sulung tidak lama lagi.
"Bagaimanapun saya bersyukur apabila diselamatkan pihak MHO sebaik dibawa sindiket ke Taichileik, Myanmar.
"Saya diberitahu pihak MHO bahawa wanita mengandung akan dipaksa menelan pil bagi menggugurkan kandungan sebelum memulakan tugas sebagai `scammer',' katanya.
Menurutnya, langkah diambil sindiket itu bertujuan memastikan mangsa yang dipaksa menjadi `scammer; memberi tumpuan kepada tugas.
Sementara itu Vincent berkata, mereka yang tiba di Bangkok kemudian diseludup masuk ke Taichileik, Myanmar sebelum ditempatkan di sebuah stor buruk oleh sindiket.
"Ketika dalam perjalanan, saya mula curiga berikutan jalan dilalui amat teruk dan tidak sempurna. Saya kemudian membuka navigasi GPS bagi mengesan lokasi sebelum terkejut apabila mendapati kami berada di Myanmar," katanya.
Vincent berkata, dia kemudian segera menghubungi MHO bagi mendapatkan bantuan berikutan pernah terbaca usaha MHO membantu rakyat Malaysia yang ditipu sindiket di negara sama.
Katanya, tidak sampai tiga jam menghubungi MHO, beberapa individu dari badan bukan kerajaan (NGO) Thailand menyerbu stor itu untuk menyelamatkan mereka.
"Ketika itu berlaku pergelutan menyebabkan anggota sindiket cedera serta mengalami luka-luka di bahagian tubuh.
"Semua barangan termasuk pasport kami berjaya diambil dari ahli sindiket sebelum kami dibawa kepada pihak berkuasa Thailand untuk siasatan sebelum dihantar pulang ke Malaysia," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lan-pil-gugur-janin |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|