CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34869|Reply: 17

wanita hamil leh mkn panadol x?

[Copy link]
Post time 7-2-2011 10:29 AM | Show all posts |Read mode
salam...kak jah nk tanye wanita y hamil leh mkn panadol x?...kalu cam hamil 3-4 minggu gitu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2011 11:17 AM | Show all posts
xboleh la kak...sbb awal lg..kalau dah kandungan stabil,boleh la...
erm,kita tunggu yg pakar dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 03:57 PM | Show all posts
rase xbleh kot..
kalo nk mkn pun kene jumpe dokter dulu same de bleh ke x
tkut effect kat kandungan...
mase i pregnnt dulu pun dokter kate mkn ubt nie ble btol2 perlu jer...
tu pun die bg dos yg btol2 skit...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 05:35 PM | Show all posts
boleh la....mana dengar tak boleh pulak ni...makan ikut normal dose la.....lainla if allergic to PCM
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 09:22 AM | Show all posts
bole je tapi nape nak mkn panadol...sakit pale? sakit gigi? demam?....better jmpe doktor tau sakit apa sbnrnya...bukan diagnose sendri lagipun mungkin pembawaan budak je tuh kot!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2011 09:57 AM | Show all posts
cma nk tau je.....mane ubat y slmt dmkn mse ngandung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2011 10:07 AM | Show all posts
Tanya doktor & ahli farmasi. Diorang ada buku yang boleh refer pasal keselamatan ubat-ubatan yang boleh dimakan oleh ibu-ibu yang mengandung & menyusu badan. different trimester different safety dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2011 10:13 AM | Show all posts
Tanya doktor & ahli farmasi. Diorang ada buku yang boleh refer pasal keselamatan ubat-ubatan yang bo ...
cn7 Post at 8-2-2011 10:07



    tq... ...ye la mase kpala tgh brdenyut2,kt umah ade panadol je sambar je la dlu panadol...sblm pgi klinik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2011 09:40 PM | Show all posts
panadol boleh tapi bila perlu sangat2 and tidak lebih dari 6 biji sehari, 2 biji 3X sehari. Pastikan ambil diklinik @ farmasi
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 11:12 PM | Show all posts
boleh makan.. walaupun di awal kehamilan..... aritu doc bagi panadol / paracetamol tu....
sebb selalu sgt pening.. tapi jgn melebihi dos...

better jumpa doctor utk kepastian.. jadi kite pun confident nk makan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 01:02 AM | Show all posts
xberani nk mkn panadol
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 08:16 AM | Show all posts
tak payah makan panadol la..kalau tak perlu sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 10:08 AM | Show all posts
panadol or paracetamol is safe for pregnant mommy..I ada tanya doc..dia kata bole sbb ubat tu je yg selamat utk dimkn..ubat tahan sakit cm aspirin tuh takleh mkn..maybe dos dia kuat..ubat batuk and ubat selsema pon bole tp dgn guide from doc..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 11:39 AM | Show all posts
kalo nak diikutkan panadol ni even org yg x pregnant pon xleh makan...iolss penah dapt info pasal panadol ni...iolss citer te dlm bahasa iolss la sbb x reti sgt bahasa2 saintifik nieh....
bila kita mkn panadol, panadol tu xkan hancur n sebati ngan darah or air kencing kita whatever la...and panadol ni akan stay dlm buah pinggang kita dan mengambil masa yg lama utk keluar dr tubuh kita iaitu 8-9 tahun utk sebiji panadol yer...bayangkan kalo sebulan sekali demam n tiap kali demam mkn panadol skali mkn 2 biji...bape byk dah tu...nnt iols cari blk research sal panadol ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 11:42 AM | Show all posts
sebenarnya penadol atau nama di surat beranak dia PARASETAMOL ni bukan lah ubat demam tetapi sejenis ubat tahan sakit. Penadol merupakan toksid kepada badan dan boleh memberi kesan buruk pada hati.

credit to selangor2u.com
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 11:44 AM | Show all posts
JANGAN AMBIL PANADOL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya...


"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller", semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.

p/s : iols downgrade kan sikit tempoh masa yg pandol duk dlm badan kita 5 tahun sbnrnya kalo megikut kajian...ampun....

cdt to: http://altf4numeric.blogspot.com ... haya-pada-hati.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2011 01:11 PM | Show all posts
Reply 16# martiena


haiiiii...macam mana ek nak cakap....macam ni la, take it from me from someone in the medical line, panadol is safe for pregnant lady, provided dia tak ada allergy history with PCM, and amik in the recommended dose.

Kalau nak analyze kajian ni, design kajian yang orang jalankan ni, kena tengok jugak jenis macamana.
was it a double blind randomized trial ker, prospective ker, retrospective ker.

if nak refer pada website pun, tolongla refer pada legal or authorized website.
moh.gov.my ker, emedicine ker. Even website ni pun, ada cara nak tengok sama ada its a validated website ker tidak.

if a simple symptomatic drug macam PCM ni pun tak boleh amik, macam mana dengan those patients kat hospital i ni yang lagi kronik penyakit diorang. Yang ada hypertension, yang ada kencing manis time pregnant, tak payah la makan ubat-ubat tu semua, sebab ubat pre eclampsia & DM (eg metformin, methyldopa, propanolo) semua tu ikutkan lagi bahaya dari PCM.

please please be careful with the info that you get from. Kita tak nak orang buat decision sebab got the wrong information.

sekarang ni zaman, evident base medicine. No evident,no talk. Evident tu pulak kategori mana.

let me explain a bit yer, nak terang panjang2 terlalu medical term;

Safety of drug in pregnancy is categorized in 5 level.

category A,B,C, D and X.

A paling selamat, and X tak boleh diberi langsung. Kalau diberi, teratogenic. maknanya memang baby akan cacat/malformed.

Category A : terdapat kajian yang dilakukan bagi penggunaan ubat tersebut pada ibu yang mengandung.

Category B : zon selamat lagi sebab kajian menunjukkan ibu-ibu yang mengandung dan diberikan ubat ni, tak der major malformation.

C : boleh digunakan atas jurisdiction doctor, if the benefit outweigh the risk.

D: kalau boleh avoid, tapi if tak der pilihan, kena bagi jugak. COntoh, kes epilepsy drugs (penyakit sawan). kalau mak yang mengandung tak makan ubat ni, anak tu boleh mati dalam perut jugak sebab uncontrolled seizure can cause death to fetus.
here i quote safety of PCM in pregnancy .

And this is all journals & medical database :
1. micromedex
Oral acetaminophen is categorized as US FDA pregnancy category B (Prod Info TYLENOL(R) oral tablets, solution, 2010). Oral acetaminophen is considered to be safe in normal therapeutic doses for short-term use as a minor analgesic/antipyretic in pregnancy. It is generally regarded as the drug of choice for use in these settings. Overdose or prolonged use of high therapeutic doses may result in fetal liver toxicity and other adverse effects. Overall, data have not shown an association between oral acetaminophen exposure and an increase in major congenital malformations (Cleves et al, 2004), respiratory adverse effects (with middle to late pregnancy exposure) (Persky et al, 2008), or miscarriage (Li et al, 2003).

2. Textbook Drugs in Pregnancy & Lactation, 6th Edition by Gerald G.Briggs

3. safefetus.com

Please la, dahla mengandung tu pun banyak dugaannya, setakat sakit pening pun tak boleh makan PCM. I kesian kat ibu-ibu if lebih rela tahan sakit kepala dari having a quality pregnancy journey.  

please get the right advise yer.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 01:14 PM | Show all posts
Reply 13# cikikin


   
pregnant mommy..I ada tanya doc..dia kata bole sbb ubat tu je yg selamat utk dimkn..ubat tahan sakit cm aspirin tuh takleh mkn..maybe dos dia kuat


see, cikikin pun dah tanya doktor dia sendiri & doktor kata selamat.

tolong bagitahu i doktor mana yang kata tak selamat amik PCM ni?

i nak report kat Tan Sri Dr ISmail Merican.

on another note, aspirin tu tak boleh amik sebab it can cause bleeding...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.053690 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list