View: 1404|Reply: 0
|
[Johor]
Geng tatu 'burung phoenix' kena denda, mengaku salah
[Copy link]
|
|
MUAR: Tiga lelaki yang pernah dijatuhkan hukuman denda atas kesalahan merusuh menggunakan pedang samurai sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan mempunyai tatu 'burung phoenix' pada badan.
Ketiga-tiga tertuduh, Peng Wei Seng, 21, Goh Hong Jun, 19, dan Yee Wee Kiat, 18, yang bekerja sebagai penjual buah mengaku salah selepas pertuduhan dibaca berasingan di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa mempunyai tatu 'burung phoenix' yang melambangkan 'geng Hong Hong San' yang mana ia diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966.
Berikutan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 43 akta sama, dengan penjara hingga tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Ahad lalu, ketiga-tiga tertuduh berkenaan antara sembilan lelaki didakwa merusuh menggunakan pedang samurai, batang besi dan rotan berdekatan sebuah kopitiam di Jalan Marin, Sungai Abong, di sini.
Semua mereka mengaku bersalah sebelum dijatuhi hukuman denda RM3,000 setiap seorang.
Seorang daripada suspek tidak hadir ketika hari pertuduhan sebelum mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.
Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diketuai Mohammad Arif Marzuki turut mengemukakan laporan berkaitan kumpulan kongsi gelap serta gambar lakaran tatu di badan ketiga-tiga tertuduh.
Selepas mengambil kira pengakuan bersalah serta hujahan kedua-dua belah pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM1,300 setiap seorang dan boleh dipenjara sehingga enam bulan jika gagal membayarnya.
Tiga tertuduh mempunyai tatu 'burung phoenix' didenda RM1,300 setiap seorang selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret hari ini. - Foto NSTP/Alias Abd Rani
https://www.bharian.com.my/berit ... denda-mengaku-salah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|