View: 1444|Reply: 0
|
[Johor]
Ibu dalam pantang peluk 4 anak ketika ribut badai rumah
[Copy link]
|
|
KEADAAN rumah bahagian dapur didiami Nur Syauqina Fadllih selepas dilanda angin kencang kira-kira pukul 5 petang semalam.
KLUANG – Seorang wanita hanya mampu memeluk empat orang anaknya serta berkurung di dalam bilik tidur selepas kediaman mereka di Kampung Melayu Nyior di sini dilanda hujan lebat dan angin kencang petang kelmarin.
Akibat kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, sebahagian atap zink yang menutupi bahagian dapur rumahnya diterbangkan angin sebelum kembali reda kira-kira sejam kemudian.
Nur Syauqina Fadllih, 36, berkata, dia yang masih dalam berpantang selepas melahirkan anak keempat yang kini berusia 30 hari tidak dapat melakukan apa-apa kecuali bertindak menghimpun tiga lagi anak-anaknya berusia lima hingga 10 tahun di dalam bilik mereka tidur.
Katanya, angin seakan-akan ‘cuba’ mencabut bumbung rumah kediaman mereka membuatkan semua anak-anaknya berpelukan dengannya kerana takut sesuatu tidak diingini berlaku.
“Suami, Muhammad Hafiz Atan, 35, ketika kejadian masih berada di Johor Bahru kerana bekerja sebagai pemandu lori menyebabkan kejadian ini terpaksa dihadapi sendiri walaupun berpantang.
“Namun kami bersyukur tiada sebarang kejadian buruk berlaku kecuali sebahagian bumbung rumah bahagian dapur yang tercabut,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Lee Ting Han ketika dihubungi berkata, tindakan segera sudah dilakukan oleh pihaknya bersama-sama dengan Pejabat Daerah Kluang serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kluang.
Thing Han yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor penilaian kerosakan sudah dilakukan dan penggantian akan dilakukan secepat mungkin agar keluarga ini boleh menjalankan kehidupan harian seperti biasa. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... -ribut-badai-rumah/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|