CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2681|Reply: 0

[Johor] Makin banyak kedai buku gulung tikar akibat budaya membaca menurun

[Copy link]
Post time 3-11-2023 03:46 PM | Show all posts |Read mode

PRESIDEN Persatuan Penjual Buku Malaysia, Keith Thong. FOTO Mary Victoria Dass

Johor Bahru: Budaya membaca yang semakin rendah dalam kalangan masyarakat pelbagai bangsa menjadi antara faktor puluhan kedai buku di seluruh negara menggulung tikar pada tahun ini.

Presiden Persatuan Penjual Buku Malaysia, Keith Thong berkata, penutupan kedai buku juga memberi kesan jangka panjang kepada masyarakat terutama di luar bandar.

Beliau berkata, ia berikutan kedai buku menjadi antara gedung ilmu yang menjadi tempat kumpulan murid dan pelajar sekolah mendapatkan bahan bacaan.

"Kami menjangkakan bilangan kedai buku yang ditutup di seluruh negara akan meningkat pada masa depan berikutan perubahan trend masyarakat yang lebih suka meluangkan masa dengan gajet.

"Kebanyakan pemilik mendakwa terpaksa menutup kedai buku selepas mengambil kira perubahan teknologi pada hari ini yang menawarkan pelbagai perkhidmatan.

"Hanya kedai buku yang berkonsep berbeza saja mampu bertahan dan menambah cawangan di seluruh negara sebaliknya kedai buku kecil dan lama menggulung tikar.

"Ia menunjukkan sesebuah kedai buku yang memiliki tarikan tambahan termasuk jualan peralatan sekolah, ruang duduk yang menarik dan sebagainya masih mendapat sambutan," katanya ketika hadir ke Program Membaca dan Pembelajaran Digital anjuran University Book Store Malaysia dan Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris (JELTA) di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Johor (PPAJ) di sini, semalam.

Keith merangkap Pengerusi Dewan Industri Buku Malaysia (MBIC) berkata, antara faktor budaya membaca yang rendah di negara kita adalah pengaruh media sosial.

Menurutnya, malah masyarakat juga mudah akses kepada bahan bacaan secara dalam talian walaupun bahan berkenaan ringkas dan kurang lengkap.

Katanya, tidak menafikan selain budaya membaca yang rendah, faktor lain adalah kuasa membeli dalam kalangan masyarakat juga semakin berkurangan.

"Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding rakyat luar negara yang gemar membaca buku dan memperuntukkan lebih banyak masa dan wang bagi tujuan itu.

"Ini menunjukkan perlunya usaha yang lebih konstruktif daripada semua pihak khususnya ibu bapa untuk memupuk minat dan amalan membaca bahan-bahan bacaan berfaedah kepada anak-anak dan pelajar sekolah.

"Ia perlu bermula dari rumah dan sekolah, sebagai ibu bapa kita harus menggalakkan dan memberi sokongan kepada anak membaca daripada usia kecil.

"Malah diharap kerajaan memberi penekanan untuk menambah peruntukan pembelian bahan bacaan di seluruh negara demi membina modal insan berkualiti," katanya.
sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.095144 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list