CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1249|Reply: 0

Barca sasar atasi badi UCL

[Copy link]
Post time 6-11-2023 02:27 PM | Show all posts |Read mode

XAVI memberikan arahan kepada pemainnya ketika menentang Real Sociedad.

Barcelona: Selepas dua tahun tersingkir awal di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara (UCL), Barcelona berpeluang menempah tempat ke peringkat kalah mati apabila menentang Shakhtar Donetsk di Hamburg awal pagi Rabu ini.

Juara Sepanyol itu boleh mengesahkan kemaraan dengan kemenangan keempat berturut-turut dalam Kumpulan H, misi yang gagal dilaksanakan sejak 2021 apabila disingkirkan kelab Kylian Mbappe Paris Saint-Germain pada peringkat 16 terakhir.

Tanpa diragui Barcelona semakin meningkat sejak ketibaan Xavi pada November tahun itu apabila memenangi La Liga musim lalu tetapi masih bergelut di peringkat Eropah, sesuatu yang perlu ditebus mereka musim ini.

Kemenangan 5-0 ke atas Real Betis dalam aksi La Liga dan Royal Antwerp dalam saingan UCL adalah prestasi terbaik mereka musim ini tetapi berdepan masalah mengekalkan konsistensi.


Walaupun menewaskan Shakhtar 2-1 di tempat sendiri pada Oktober, kelab Catalan gagal membunuh permainan lebih awal dan hampir dibolosi kelab Ukraine itu pada lewat perlawanan.

Cerita sama juga berlaku dalam aksi Clasico tiga hari selepas itu tetapi kali ini dua jaringan Jude Bellingham membolehkan Real Madrid memenangi perlawanan selepas gol pembukaan Ilkay Gundogan.

Barcelona juga hanya mampu menewaskan Real Sociedad 1-0 kelmarin walaupun menguasai perlawanan sebelum Ronald Araujo menghasilkan gol kemenangan pada minit akhir.

"Bola sepak kadang-kadang sukar dijangka," kata Xavi yang turut mengakui pasukannya perlu lebih 'kritikal'.

Kehadiran semula Robert Lewandowski yang mengalami kecederaan dalam aksi Clasico gagal memberikan impak ketika menentang Real Sociedad dan aksi menentang Shakhtar di Jerman memberikannya peluang untuk kembali menggegar gawang lawan.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... asar-atasi-badi-ucl
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.039637 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list