View: 1067|Reply: 0
|
Owen kecam Arteta, Arsenal
[Copy link]
|
|
Owen kecam Arteta, Arsenal
Pemain Newcastle, Anthony Gordon (dua dari kiri) meraikan gol kontroversi ketika mengalahkan Arsenal 1-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris di St James' Park, malam kelmarin. – Foto REUTERS
LONDON: Michael Owen mengecam Mikel Arteta berikutan kritikan pedas pengurus Arsenal itu terhadap standard pengadilan dalam Liga Perdana Inggeris.
Arteta berang kerana beberapa keputusan tidak menyebelahi pasukannya ketika kalah 1-0 kepada Newcastle United, dengan gol kemenangan kontroversi Anthony Gordon amat sukar diterima dan beliau melabelkan tahap pengadilan semasa sebagai 'memalukan' serta 'mengaibkan.'
Arsenal kemudiannya mengeluarkan kenyataan semalam menyokong komen Arteta, mencadangkan pemain, jurulatih dan penyokong 'berhak mendapat lebih baik' daripada standard pengadilan semasa.
Bekas pemain antarabangsa England, Owen mengecam Arteta dan kelabnya, menyatakan kritikan sedemikian terhadap pengadil 'merosakkan permainan.'
Beliau menciap di platform X: "Perlawanan Newcastle menentang Arsenal semalam satu perlawanan yang menarik untuk ditonton. Dua pasukan teratas bertarung.
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta tidak berpuas hati apabila gol Anthony Gordon dibenarkan ketika kalah di tangan Newcastle di St James' Park kelmarin. – Foto REUTERS
"Hanya (dalam kata-katanya) 'memalukan' dan 'mengaibkan' mengenainya adalah tingkah laku Arteta sendiri. Kejadian biasa yang merosakkan permainan lebih daripada sebarang keputusan yang salah.
"Bagi kelabnya mengeluarkan kenyataan yang mengeluh mengenai standard pengadilan buruk sekali dan menyedihkan bagi pasukan setaraf Arsenal, sama sekali tiada kelas."
Pengulas bola sepak Sky Sports, Gary Neville dan Jamie Carragher juga mengkritik Arsenal kerana kenyataan mereka, mencadangkan ia bukan pendekatan yang tepat untuk dilakukan.
Menulis di X, Neville berkata: "Kenyataan Arsenal dan Liverpool adalah salah. Lakukan secara peribadi. Pengurus dan pemain melakukan lebih banyak kesilapan berbanding pengadil!"
Bercakap kepada Sky Sports menjelang perlawanan Liverpool menentang Luton, Carragher berkata: "Ini bukan masanya untuk memperlekehkan VAR dan hanya mengkritik setiap orang di Stockley Park dan pegawai perlawanan kerana ia tidak betul." – AGENSI
SumbeR:https://www.bharian.com.my/sukan ... ecam-arteta-arsenal
|
|
|
|
|
|
|
| |
|