CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1111|Reply: 0

Pan Gon dijangka kekal kendali Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 6-11-2023 05:19 PM | Show all posts |Read mode
Pan Gon dijangka kekal kendali Harimau Malaya

Kontrak Pan Gon bersama Harimau Malaya akan tamat Januari depan.


KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Kim Pan Gon dijangka terus kekal membimbing Harimau Malaya meskipun belum ada pengumuman rasmi mengenai status kontraknya.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengikat pengendali dari Korea Selatan itu dengan kontrak dua tahun dan difahamkan kontraknya akan berakhir pada Januari tahun hadapan.

Bagaimanapun, FAM seakan memberi bayangan bahawa kontrak bekas pengendali Hong Kong itu akan disambung susulan peningkatan prestasi yang dipamerkan Harimau Malaya ketika ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman turut menjelaskan bahawa Pan Gon akan membimbing skuad Harimau Malaya bagi mengharungi aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 dan pusingan akhir Piala Asia tahun depan.

Beliau bagaimanapun berkata, sebarang keputusan membabitkan lanjutan kontrak pengendali berusia 54 tahun itu akan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan akan datang yang bakal dipengerusikan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

"Sudah ada perbincangan (isu lanjutan kontrak) tetapi biarlah kita selesaikan kempen kelayakan Piala Dunia/ Piala Asia dahulu... memang betul beliau (Pan Gon) akan terus dapat peluang bawa pasukan kebangsaan kerana beliau sudah merangka segala program sehingga tahun depan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kali ke-9 Penggal 2021-25 di Wisma FAM, hari ini.

Pan Gon yang dilantik menggantikan Tan Cheng Hoe pada Januari tahun lalu dilihat berjaya meningkatkan persembahan Harimau Malaya selain membawa skuad itu layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 secara merit.

Skuad Harimau Malaya akan memulakan kempen kelayakan berdepan Kyrgyzstan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 16 November ini.

SumbeR:https://www.bharian.com.my/sukan ... dali-harimau-malaya


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.038943 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list