CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1198|Reply: 0

Bukan misi hidup mati JDT - Solari

[Copy link]
Post time 6-11-2023 05:19 PM | Show all posts |Read mode
Bukan misi hidup mati JDT - Solari

Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) Esteban Solari dan pemain JDT Fernando Forestieri (kanan) ketika sidang media menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) melawan Ulsan Hyundai FC di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. - BERNAMA



ISKANDAR PUTERI: Walaupun mengakui berdepan tugas sukar, pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Esteban Solari menaruh harapan tinggi untuk melakar kejutan ke atas Ulsan Hyundai pada aksi Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam esok.

Solari berkata, gergasi Korea itu sudah pasti mahu mengulangi rentak kemenangan selepas menewaskan JDT 3-1 pada aksi, 24 Oktober lalu dan ditambah pula pasukan itu muncul juara Liga 1 Korea (Liga K1) selepas menewaskan Daegu 2-0 pada perlawanan 29 Oktober lalu.

"Ya kita akan menentang juara liga Korea tapi itu bukan alasan untuk kita terlalu menghormati mereka sebaliknya semua pemain JDT begitu bermotivasi dan sentiasa fokus malah sedar pentingnya aksi malam esok.

"Kami kena bekerja lebih keras dan pemain sedar apa yang perlu dilakukan nanti terutama dalam babak pertama perlawanan kerana berdepan Ulsan memerlukan mentaliti yang kuat bagi mengimbangi kekuatan lawan itu.

"Berbekalkan prestasi yang memuaskan dalam aksi Liga Super dan saingan separuh akhir Piala Malaysia, kami mahu sesuatu dalam saingan ACL dan ia bukan misi hidup atau mati kerana dalam permainan bola sepak semuanya perlu konsisten dan mengekalkan corak permainan berintensiti tinggi," katanya.

Pengendali kelahiran Argentina itu juga akan memastikan kesebelasan pemain yang akan diturunkan nanti tidak melakukan kesilapan mudah yang membolehkan skuad kendalian Hong Myung Bo menguasai permainan.

Malah katanya, keutamaan persiapan lebih terarah memperkemaskan lagi taktikal disiplin yang bakal dipraktikkan berbanding memberi fokus kepada juara Liga K1 dari Korea itu.

"Jika diimbas permainan lalu, kita banyak belajar apa yang berlaku selepas mereka jaringkan gol malah ia juga berlaku ketika menentang BG Pathum United dan ia tidak boleh lagi berulang kerana akan menjejaskan permainan kami.

"Jadi kita kena berusaha mendominasi permainan dan cuba bermain ofensif selain memperkemaskan lagi benteng pertahanan yang agak longgar apabila begitu mudah membuka ruang kepada lawan menjaringkan gol," kata Solari.

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... dup-mati-jdt-solari

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.065706 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list