View: 1298|Reply: 0
|
Fernandes pindah ke Arab Saudi?
[Copy link]
|
|
Fernandes pindah ke Arab Saudi?
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes (tengah) meraikan gol tunggalnya ketika mengatasi Fulham 1-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Craven Cottage, London kelmarin. – Foto AFP
LONDON: Bruno Fernandes mungkin akan meninggalkan Manchester United secara mengejut, menurut beberapa laporan.
Wartawan Itali, Rudy Galetti berkata, Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi mengintai peluang untuk memuktamadkan perjanjian dengan kapten Manchester United itu.
PIF menguasai majoriti pegangan saham dalam empat kelab terbesar di liga utama Arab Saudi.
Al-Nassr, Al-Hilal, Al-Ittihad dan Al-Ahli semuanya mempunyai pelaburan daripada dana Saudi itu yang turut memiliki Newcastle United.
Selepas musim panas yang dipenuhi dengan pembelian beberapa nama besar ke Liga Pro Saudi, difahamkan mereka sudah memulakan usaha untuk menyasarkan pemain berikutnya.
Fernandes dilaporkan muncul antara nama yang berpotensi untuk diikat pada musim panas 2024.
Difahamkan wakil PIF dijangka mengadakan rundingan dengan wakil pemain tengah itu mengenai potensi untuk mengadakan rundingan lanjut selepas ini.
Perancang tengah Portugal itu tiba di Old Trafford pada tahun 2020 dari Sporting Lisbon dengan perjanjian bernilai hingga £60 juta (RM346 juta).
Sejak itu, dia sudah tampil dalam 200 perlawanan buat Red Devils, menjaringkan 67 gol dan 57 umpanan gol.
Fernandes diberikan tugas sebagai kapten musim ini selepas pengurus Erik ten Hag melucutkan Harry Maguire daripada tugasan itu. – AGENSI
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... indah-ke-arab-saudi
|
|
|
|
|
|
|
| |
|