View: 1665|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Dua tan sampah dikutip di Pulau Sembilan
[Copy link]
|
|
Datuk Seri Saarani Mohamad pada Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Program Hari Konservasi Pulau Sembilan tahun 2023. FOTO L. Manimaran
Ipoh: Dasar laut dipenuhi sampah! Ini terbukti apabila lebih dua tan sampah membabitkan peralatan perikanan marin, plastik, aluminium dan kaca dikutip di Pulau Sembilan di Bagan Datuk sewaktu Program Hari Konservasi Pulau Sembilan pada 23 September lalu.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata, selain itu 554 kilogram pukat hanyut turut dikumpul di sekitar perairan gugusan pulau yang diwartakan sebagai Taman Negeri sejak 14 Oktober 2010 itu melalui aktiviti pembersihan bawah laut sempena program anjuran Perbadanan Taman Negeri Perak berkenaan.
Saarani berkata, jumlah pungutan itu adalah hasil kolaborasi pelbagai pihak termasuk para sukarelawan dan penyelam daripada Nature & Oceanography Advocate Society; Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM); Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM); Persatuan Aktivitis Sahabat Alam; dan Samudera 9 Perak.
Menurutnya, program konservasi sebegitu sangat penting ketika isu sampah sarap semakin meruncing serata dunia.
"Selain aktiviti pembuangan sampah, sektor pelancongan yang tidak mampan turut menjejaskan kelestarian destinasi dan produk.
"Dewasa ini ekosistem marin berdepan pelbagai ancaman sama ada membabitkan akibat aktiviti manusia mahu pun ancaman semula jadi. Umum mengetahui isu perubahan iklim turut memberi kesan kepada lautan dan ekosistem marin akibat peningkatan dan pengasidan air laut, kelunturan karang serta hakisan pantai.
"Keunikan dan keindahan Pulau Sembilan menuntut komitmen kita semua untuk sama-sama menyayangi dan memelihara khazanah ini daripada rosak atau musnah angkara perbuatan tidak bertanggungjawab. Sekiranya tidak dijaga dan dipulihara, kekayaan biodiversiti marin di itu sudah tentu akan mengalami kemerosotan dan kepupusan," katanya pada Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Program Hari Konservasi Pulau Sembilan tahun 2023 di Pusat Konvensyen Casuarina, di sini, tadi.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berangkat ke majlis itu. Berangkat sama Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... p-di-pulau-sembilan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|