CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1164|Reply: 0

Piala AFC: TFC bawa misi belasah Stallion Laguna

[Copy link]
Post time 8-11-2023 01:07 PM | Show all posts |Read mode

TFC bersedia untuk membuktikan kekuatan sebenar selepas mereka sekadar terikat menentang Stallion pada aksi pertama sebelum ini. - FB TERENGGANU FC

TERENGGANU FC (TFC) yang masih segar dengan kejayaan mara ke final Piala Malaysia membawa misi meraih tiga mata dalam kunjungan ke Filipina bagi aksi Piala AFC hari ini.

Pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner, berkata, skuad kendaliannya kali ini lebih bersedia untuk menjinakkan Stallion Laguna FC yang sebelum ini hampir mencipta kejutan mengikat Sang Penyu 2-2.

Beliau berkata, hanya kemenangan besar ke atas kelab Filipina tersebut dapat menghidupkan semula peluang layak ke peringkat seterusnya selaku juara Kumpulan G atau naib juara terbaik.

“TFC kerugian dua mata penting ketika seri 2-2 di laman sendiri dengan persembahan paling buruk ditunjukkan dalam perlawanan itu, namun kami harus memandang ke hadapan dan bangkit.

“Saya harap pemain dapat beraksi lebih baik pada esok (hari ini) dan membawa pulang kemenangan lebih-lebih dengan moral yang sedang memuncak setelah layak ke final Piala Malaysia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Steinbruckner berkata, tiga tonggak iaitu Shahrul Nizam Roshasni, Alif Zakaria dan Liridon Krasniqi terpaksa disisihkan bagi aksi menentang Stallion ekoran kecederaan.

“Saya harap pemain-pemain dapat menebus kehampaan dengan membawa pulang mata penuh menentang Stallion Laguna.

“Secara matematik, TFC masih berpeluang melepasi peringkat kumpulan namun kami perlu memberikan persembahan terbaik dan tidak mensia-siakan peluang yang terhidang,” katanya.

Selepas tiga perlawanan, TFC berada di tempat kedua dengan mengumpul lima mata, satu mata mengatasi Bali United dan satu mata ketinggalan di belakang Central Coast Marriners.
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... ah-stallion-laguna/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.049616 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list