CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2263|Reply: 20

Nik Aziz akui banyak tandas masjid di Kelantan kotor

[Copy link]
Post time 11-2-2011 04:15 PM | Show all posts |Read mode
11/02/2011 3:28pm


KOTA BHARU, 11 Feb. - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kebanyakan tandas masjid di negeri ini masih kotor kerana  tiada peruntukan untuk menyelenggarakannya.
Mursyidul Am Pas itu turut kesal dengan tindakan umat Islam di Kelantan yang mengabaikan aspek kebersihan di tandas masjid, kerana keadaan tersebut memberi gambaran negatif kepada pelawat sekali gus menjejaskan imej agama Islam yang mementingkan kebersihan.
"Kita akui tahap kebersihan kebanyakan tandas di masjid-masjid di negeri ini masih rendah kerana jawatankuasanya tidak mengendalikannya dengan baik disebabkan tiada peruntukan khusus untuk penyelenggaraan,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz seterusnya meminta jawatankuasa masjid agar menyediakan peruntukan khas bagi memastikan tandas dan bilik air di masjid-masjid di negeri itu sentiasa bersih dan memberi keselesaan kepada jemaah dan pengunjung. - Bernama


**Collection duit ceramah tuh berjuta-juta kan..boleh beli berbatov kalau nak..
masih lagik kate tkde peruntukan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2011 05:33 PM | Show all posts
Banggang punya MB...satu masjid tak buat...nak sediakan peruntukkan membersihkan rumah Allah pun tak sanggup.

Nak tunggu peruntukkan pusat la tu...jenis muka tak tahu malu betul..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2011 07:24 PM | Show all posts
masjid mmg kotor mana2 d msia..lagi2 kawasan luar bandar...hanya selected masjid shj yg kekal dgn kebersihan...situasi yg hnya memalukan org islam
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 01:15 PM | Show all posts
Ye betul... TGNA bercakap benar... tapi kalau Pemimpin UMNO.. mesti dia sorok punyerr... kalau tak... takkan DS Najib suruh ADUN beritahu keadaan sebenar tempat masing2... ye tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 10:07 PM | Show all posts
ada org tabor pitenah lagik ke?
sedap mulut je kata nk mintak ngan pusat
tak tau ka pusat tu dh makan banyak duit Kelantan...

jenis muka tak tau malu langsong...buncit la perut umnosenget nih
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 01:31 AM | Show all posts
Duit royalti petroleum pun nak disonglapnya... haramjadah punya Pemimpin UMNO!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2011 10:25 AM | Show all posts
Bukan sahaja di Kelantan tetapi di seluruh Malaysia jugak berkeadaan yang serupa. Untuk bukti sila lah ke masjid2 di daerah anda @ kampung anda dan sila lah lihat keadaannya. Tetapi jika bersih alhamdullilah. Bukan sahaja tandas masjid yang tidak bersih, malah tandas awam pun sama jugak keadaannya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 11:10 AM | Show all posts
nk buat camno...umnosenget ni kuman seberang laut nampak
lombu depan mata wat tk tau jek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2011 01:43 PM | Show all posts
Pengalaman berkunjung ke Kelantan pada Disember 2010 selama tiga hari membukti kepada penulis tentang ‘tong kosong’ yang dipalu oleh PAS Kelantan. Sudah terang lagi bersuluh, KEBERSIHAN yang menjadi ASAS KEIMANAN pun tidak mampu dijaga oleh Nik Aziz sebagai pemimpin Islam, maka usahkan bercerita perkara lebih besar dari itu seperti hudud yang entah hilang laungannya. Kita selalu digembar-gemburkan tentang bertapa imarahnya dan 'penuhnya' masjid dan pusat pemgajian agama di sana. Justeru semasa di berada di Kota Baharu, penulis berkempatan solat suboh, jumaat, mahgrib dan isyak di beberapa masjid. Hakikatnya adalah sebaliknya dan ianya adalah hampir sama atau lebih kurang sahaja jemaaah di masjid-masjid di negeri yang ditadbir BN. Malah semasa solat Jumaat di Masjid Muhammadi, masih ramai yang merokok dan berbual hingga ketika solat hendak didirikan, pandangan serupa ditempat lain dalam negara kita.

Penulis juga turut ‘melawat’ setiap tandas masjid yang hampir kesemuanya cukup jijik dan kotor. Malah di sebuah masjid yang terserengam indah di Kubang Kerian, tandasnya juga amat kotor dan tidak terurus. Terbukti dan fakta yang diakui oleh Nik Aziz dalam kuliah mingguannya bahawa beliau kesal dengan tahap kebersihan tandas masjid di Kelantan yang gagal diuruskan olehnya. Besar sangatkah jasa Nik Aziz hingga tonggak dan asas keimanan tentang kebersihan ini pun tidak mampu diserapkan kepada rakyat dibawah kepimpinan ulamak selama 20 tahun. Itu belum lagi berbagai ‘kes-kes pelik’ dan kes luarbiasa dilakukan oleh rakyat yang dipimpin oleh Nik Aziz. Mungkin para pembaca boleh menyelak akhbar untuk mendapatkan banyak kisah-kisah sensasi berlaku sepanjang Nik Aziz mentadbir seperti perkahwinan antara ‘perempuan’ dengan perempuan dan lain-lain.

Mungkin segelintir kita tidak memahami dan dapat membaca pemikiran Islam Tun Dr Tun Dr. Mahathir kerana ‘kesilapan’ beliau yang belajar dalam ‘bidang kedoktoran’ dan bukannya ‘bidang keagamaan’, juga Tun tidak memakai kupiah atau jubah dan tidak bercakap isu hudud sepanjang mentadbir negara. Jika itulah yang ‘dikosmetik’ kepada penampilan Tun maka sudah tentu perpespi penyokong PAS pasti berbeza.

Memang benar seperti kata Tun Tun Dr. Mahathir bahawa jasa yang paling besar yang patut dikenang terhadap Nik Aziz ialah perpecahan yang telah beliau lakukan. Sabda Nabi SAW “Sesiapa yang datang kepada kamu mengajak menderhakai pemimpin dan hendak memecah-belahkan kesatuan umat Islam, sedangkan ketika itu kamu sedang mentaati pemimpin kamu itu, maka hendaklah kamu perangi dia”. (riwayat Muslim).

Hadis di atas menyorot kembali penubuhan PAS pada 1951 yang telah menimbulkan bibit-bibit perpecahan umat Islam. Malah PAS sentiasa berusaha dalam sistem demokrasi untuk bertapak di negeri-negeri BN bagi menyemai dasarnya dan memecahkan kesatuan umat Islam dan menggalakkan kita membenci UMNO/BN seperti di dalam ceramah dan akhbar suci mereka Harakah. Doktrin British yang melihat kaedah ini dahulu kini benar-benar berjaya kerana mereka tidak perlu berada di sini untuk menghancurkan kesatuan kita.

Kepada penyokong PAS, tepuk dada tanya iman benarkah Islam itu disebarkan melalui PAS di negara Malaysia ? Lupakah kita banyak penyelewengan dalam agama di lakukan oleh orang-orang agama dan ditutupi oleh bayangan keilmuannya yang menyebabkan kita semua terpesona. Kepada penyokong dan penganut ‘fahaman PAS’, hakikatnya hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui dan memberikan ‘hidayah sebenar’ kepada kita. Kalau itu yang kita inginkan lakukan solat Istiqarah minta petunjuk dari Yang Maha Esa,, adakah Nik Aziz dan PAS mewarisi pejuangan yang dibawa oleh junjungan Nabi SAW ? Adakah akhlak dan tutur kata pemimpin PAS selama ini cukup mulia dalam berbicara sesuai dengan cara Rasullullah SAW. Sejauh mana jasa Nik Aziz dan Kelantan jika sambutan Maulidur Rasul pun tidak menjadi keutamaan dan dipandang sepi, sedangkan kerana Baginda Nabi SAW, manusia seluruh dunia menerima Islam yang sumul dan mengiktiraf sumbangan besar junjungan baginda Nabi SAW. Sedangkan Micheal J Hart pun mengakui kehebatan Rasullulah apalah susah dan berat untuk kerajaan yang mengangkat moto 'Membangun Bersama Islam' dan 'Negeri Serambi Mekah' untuk mengadakan sambutan dan mengingati kelahiran manusia paling agung di dunia.

Al Fatihah untuk Nabi SAW yang menyinari cahaya Islam kepada kita
Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Cr. Lukman Moidin

Penulis ialah Perceramah & Aktivis Belia
Email : [email protected]
blog : lukmanmoidin.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 05:26 PM | Show all posts
Tandas masjid kotor: Nik Aziz patut nasihatkan penyokong PAS...

Oleh: ROSLAN BIAN

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan kesal dengan tindakan umat Islam di Kelantan yang mengabaikan kebersihan tandas masjid.

Ini katanya akan memberi gambaran negatif kepada pelawat sekali gus menjejaskan imej agama Islam yang mementingkan kebersihan.

Namun, Mursyidul Am PAS itu mengakui punca kebanyakan tandas masjid di negeri ini masih kotor kerana tiada peruntukan untuk menyelenggarakannya.

Sebenarnya, cerita tandas kotor ini bukan di Kelantan sahaja tetapi di tempat lain yang ada pilihanraya kecil.

Bukan sahaja tandas masjid yang tiba-tiba kotor tetapi hampir satu masjid jadi tidak terurus.

Kalau tidak percaya cubalah tinjau kawasan masjid atau surau yang ada pilihanraya kecil seperti di Merlimau hujung bulan ini.

Sudah jadi lumrah kalau PAS bertanding, sekitar masjid atau surau dalam kawasan PRK jadi ‘rumah tumpangan’ jentera kempen dan penyokong-penyokong PAS.

Hal ini juga berlaku masa PRK Hulu Selangor walaupun calon PKR Datuk Zaid Ibrahim bertanding dan berulang sama di PRK DUN Tenang.

Kumpulan ini datang berduyun-duyun bukan sahaja dari Kelantan tetapi Kedah, Terengganu dan negeri lain terutama sehari sebelum hari mengundi.

Mereka mandi, bertukar pakaian, makan minum, tidur dan sebagainya tanpa hiraukan peraturan kebersihan masjid atau surau berkenaan.

Kadangkala jawatankuasa masjid atau surau boleh pitam tengok geng-geng PAS kuasai rumah ibadat itu sesuka hati mereka.

Hendak dimarah atau diusir nanti jadi cerita lain pulak, kalau dibiar nanti macam-macam masalah timbul.

Selain tandas tersumbat, sampah sarap dan kotor, bil air dan elektrik sudah tentu pihak masjid atau surau kena bayar.

Maka Nik Aziz tidak perlu kesal pada umat Islam pasal tandas masjid kotor kerana budaya mengotorkan masjid ini banyak diamalkan orang-orang PAS sendiri.

Jika ikhlas, beliau patut nasihat geng-geng PAS yang pergi berkempen mana-mana pilihan raya jangan guna masjid atau surau sebagai ‘rumah tumpangan’.

Nik Aziz kena pesan minta mereka yang terpaksa juga tidur di masjid atau surau kenalah jaga kebersihan dan menghormati kariah di situ ibarat masuk kandang kambing kenalah mengembek.

Tetapi Nik Aziz tidak mungkin mahu marah mana-mana penyokong PAS yang tidur atau kotorkan kawasan masjid masa pilihanraya kerana jika orang PAS buat semuanya betul.

Jika tidak percaya, cubalah tanya Menteri Besar Kelantan itu soalan ini. Boleh agak dah jawapannya- 11/2/2011
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 05:43 PM | Show all posts
bila pergi ketempat orang semata2 nk mencari keburukan
maka keburukan itulah yg dia dapat

minda langsung tk terbuka
bodoh penulis ngan balaci kopi pes sama saja...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2011 10:18 AM | Show all posts
serambi mekah kunuuun...

serambi je dah penuh taik.. dalam lagi laa...

negeri serambi taik..  hahahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2011 01:22 PM | Show all posts
bila pergi ketempat orang semata2 nk mencari keburukan
maka keburukan itulah yg dia dapat

minda langsung tk terbuka
bodoh penulis ngan balaci kopi pes sama saja...


dah kotor tak kan nak kata bersih?? komen yang betoi pon nak marah ker??? dah TGNA pon kata kotor apa hal rakyat kelantan tak jaga dan tak tolong bersihkan...kata org masjid..mcm mn leh biar tandas masjid kotor...surau taman aku ada air-cond lagik...tandas pon bersih...nyaman ja nak beribadat...bukan nak riak...tapi nak bgtaw yang org umno reti jaga kebersihan...mengikut ajaran Islam...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2011 02:12 PM | Show all posts
Negeri kotor melambangkan pemimpin dia yg kotor..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 02:26 PM | Show all posts
ADA PEPATAH MENGATAKAN DI MANA ORANG KELANTAN BERKAMPUNG DISITU PUNCA KEKOTORAN
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 02:54 PM | Show all posts
ADA PEPATAH MENGATAKAN DI MANA ORANG KELANTAN BERKAMPUNG DISITU PUNCA KEKOTORAN
ketum Post at 17-2-2011 14:26


Prof Zuhdi pernah kata...keruh dihilir tentulah berpunca dari keruhnya dihulu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2011 03:00 PM | Show all posts
kebersihan melambangkan iman

benda asas gitu pun tak
mampu nak dibereskan oleh seorang menteri besar
antara yg paling lama sekali pegang jawatan

ada hati nak tegur Tun M pasal keimanan
pigi dah nik aziz..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 03:10 PM | Show all posts
klo xde peruntukan, gotong royong la penduduk setempat bersihkan.. x bule ke? tndas mau bersih mau tunggu peruntukan ke?
jaga, kasi berus, jagn tak flush lps guna pon susa ka?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 04:18 PM | Show all posts
macam negeri lain tandas masjid dorang bersih sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 05:24 PM | Show all posts
Kalu menteri besar lain mampus x tegur hal tandas masjid Nik Aziz sorang jer dlm mesia ni yg berani tegur
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.075133 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list