CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2630|Reply: 0

F1 di Las Vegas tak ada penonton?

[Copy link]
Post time 12-11-2023 01:14 PM | Show all posts |Read mode

LITAR Jalanan Las Vegas. FOTO Agensi

Las Vegas: Perlumbaan Formula Satu (F1) di Las Vegas tampak mendapat sambutan dingin biarpun ia bakal diadakan di bandar tarikan pelancong apabila dilaporkan hampir 10,000 tiket tempat duduk utama masih lagi belum terjual.

Saingan yang akan dilangsungkan di atas litar jalanan Las Vegas pada hujung minggu depan itu ketika ini menghadirkan kebimbangan kepada penganjur.

Laman web sukan permotoran Oversteer48.com melaporkan kira-kira 10,000 tempat duduk grandstand yang masih tidak terjual seperti mana yang terdapat pada data Ticketmaster.

Penganjur dan beberapa hotel terkemuka Las Vegas sebelum itu terpaksa menurunkan harga penginapan di hotel-hotel bagi menarik minat penyokong untuk menghangatkan F1 kali ini.


Difahamkan, harga untuk satu malam turun serendah 280 dollar atau bersamaan RM1,300. Penurunan itu bagi menarik 100,000 peminat dari seluruh Amerika Syarikat dan dunia.

Walaupun harga hotel agak murah, namun harga tiket untuk tempat duduk granstand sangat mahal sekitar 1,000 dollar (RM4,700). Lantas penganjur kini sedang meningkatkan promosi dan dijangka harga tiket F1 juga bakal diturunkan.

Max Verstappen yang sudah mengesahkan gelaran dunia di Grand Prix Qatar bulan lalu dijangka akan meneruskan penguasaannya di Las Vegas hujung minggu depan.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... as-tak-ada-penonton
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.507823 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list