View: 7496|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Duit dalam peti ais hangus
[Copy link]
|
|
Siti Hajar sebak melihat keadaan gerai yang diusahakan lebih lima tahun lalu yang terjejas kebakaran termasuk wang lebih RM2,000 yang musnah ketika ditemui di Dataran Teluk Kemang, di sini, hari ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!
PORT DICKSON – Seorang peniaga berputih mata apabila duit RM1 lebih 2,000 keping yang disimpan dalam peti ais rosak antara yang hangus dalam kejadian kebakaran sembilan buah gerai makan di hadapan Dataran Teluk Kemang, di sini, lewat petang semalam.
Peniaga berkenaan, Siti Hajar Abdul Talib, 51, berkata, duit itu digunakan sebagai ‘duit tukar’ di kedai dan ketika kejadian, dia teringat untuk menyelamatkan duit itu namun dihalang anaknya kerana api sudah pun marak.
“Bila dah terbakar dan tengok balik peti ais, memang dah tak ada apa yang tinggal. Kerugian dianggarkan kira-kira RM20,000. Kejadian ini berlaku sekelip mata dan saya tak sempat nak selamatkan barangan langsung. Walaupun terkilan, saya reda dengan apa yang berlaku ini.
“Cuma saya harap agar ada bantuan untuk kami, kami seolah-olah bermula dengan zero (kosong) semula.
“Sepatutnya waktu cuti besar (cuti panjang) macam inilah kami dapat mencari rezeki lebih sedikit dengan hasil jualan lebih RM1,000 buah potong dan air berbanding hari biasa lebih-lebih lagi dua tiga bulan ni memang sakit berniaga,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11/12/duit-dalam-peti-ais-hangus/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|