View: 8031|Reply: 0
|
[Johor]
24 individu Muslim berhibur sambil minum arak diberkas
[Copy link]
|
|
ANGGOTA penguatkuasa JAINJ melakukan pemeriksaan ke atas seorang wanita dalam operasi bersepadu di pusat hiburan di Johor Bahru, semalam.
JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan seramai 24 individu beragama Islam kerana dipercayai meminum arak menerusi satu operasi bersepadu yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di sebuah premis hiburan di bandar raya ini, semalam.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 22 individu warga tempatan dan dua warga asing.
Menurut beliau, penahanan tersebut dibuat mengikut Seksyen 19(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 kerana meminum minuman yang memabukkan.
“Kesemua yang ditahan bawah kesalahan itu diserahkan kepada JAINJ untuk tindakan selanjutnya. Selain itu, turut dibuat pemeriksaan terhadap seramai 139 individu yang sedang berhibur di premis berkenaan. Saringan air kencing mendapati lapan lelaki dan dua wanita positif dadah.
“Kesemua yang ditahan berusia antara 17 hingga 45 tahun,” katanya.
Sementara itu, dalam satu operasi berasingan, Kamarul Zaman turut memberitahu, pihaknya turut menahan empat lelaki dan tiga perempuan positif dadah di sebuah premis hiburan berasingan.
Katanya, mereka yang berusia antara 20 hingga 68 tahun itu ditahan selepas pemeriksaan dibuat terhadap seramai 91 individu yang sedang berhibur di premis tersebut.
“Turut ditahan seorang individu yang bekerja sebagai juruwang di premis itu,” jelasnya.
Kamarul Zaman turut memaklumkan suspek tahanan polis ditahan mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Johor (ENJ) 4/98 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Kesemua yang ditahan telah dikenakan reman selama tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan,” jelasnya lanjut. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... inum-arak-diberkas/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|