CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9450|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Sepanjang dua hari hilang, saya ditemani bunyi loceng dan diperhati lembaga tinggi'

[Copy link]
Post time 12-11-2023 05:59 PM | Show all posts |Read mode

LAPORAN Harian Metro sebelum ini.

Kuala Lumpur: "Sepanjang di dalam kereta, 'dunia' saya gelap. Saya hanya nampak satu lembaga tinggi dan berbadan tegap memerhati saya dari luar.

"Saya sangat takut dan hampir hilang harapan untuk kembali ke 'alam nyata' namun suara azan mengembalikan semangat saya," kata Muhd Danial Hakim Mohd Saiful, 24, yang dilaporkan hilang selama dua hari sebelum ditemui semula kelmarin.

Penyunting video itu tidak pulang ke rumah di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor, selepas keluar dari tempat kerja di Petaling Jaya, pada Rabu lalu.

Berkongsi kisahnya, Muhd Danial berkata, dia menaiki tren dari Petaling Jaya ke Stesen MRT Sungai Buloh sebelum memandu kereta untuk pulang ke rumah kira-kira jam 8 malam.



"Ketika itu, saya berasa sangat pening lalu berhenti di tepi jalan dan tidur seketika. Apabila terjaga, saya teringat isteri sedang menunggu di rumah untuk keluar makan dan saya segera memandu pulang.

"Malangnya, saya tidak jumpa jalan pulang dan hanya melalui kawasan sama. Secara tiba-tiba pandangan saya semakin kabur dan keadaan luar bertukar gelap menyebabkan saya sudah tidak nampak apa-apa lagi.

"Saya matikan enjin kereta dan keluar tapi disebabkan keadaan gelap, saya takut lalu masuk semula ke dalam kereta. Selepas itu, saya cuba keluar semula tapi pintu kereta sudah tidak boleh dibuka lagi," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bercerita lanjut, Muhd Danial berkata, sepanjang dua hari dia hanya 'ditemani' bunyi loceng dan satu lembaga yang sentiasa memerhatikannya dari luar kereta, malah usahanya menghidupkan enjin kereta untuk mencari jalan pulang juga tidak berhasil.

"Saya boleh dengar bunyi kenderaan dan suara orang di luar tapi saya tidak nampak apa-apa. Saya juga nampak cahaya lampu seperti kereta peronda polis dan cuba jerit meminta tolong tapi tidak berhasil.

"Saya hampir putus harapan dan fikir sudah mati, sehinggalah saya terdengar azan dan nampak cahaya pada satu lorong. Saya hidupkan enjin kereta dan melalui lorong itu yang akhirnya berjaya pulang ke rumah," katanya.

Katanya, dia berhenti di parkir rumah lalu menghubungi isteri Puteri Nik Badzlin Amir, 25, sebelum mereka ke balai polis membuat laporan.

Muhd Danial mendakwa masih trauma dengan kejadian itu namun bersyukur masih diberi peluang oleh Allah untuk bertemu isteri serta keluarga tercinta.

"Mungkin ada yang tidak percaya dan menganggap saya gila, tapi itulah yang saya lalui. Walaupun saya hilang dua hari tapi saya hanya rasa seperti hilang antara lapan hingga 10 jam," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... n-diperhati-lembaga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.204070 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list