CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 913|Reply: 0

Helmi luah rasa hati

[Copy link]
Post time 13-11-2023 12:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 13-11-2023 12:25 PM



Pelumba pasukan Petronas MIE Racing RW, Helmi Azman meraikan pencapaiannya menamatkan perlumbaan Moto2 Grand Prix (GP) Malaysia

SEPANG: Pelumba wildcard negara, Helmi Azman merasakan dirinya harus diberi peluang beraksi di Kejuaraan Dunia JuniorGP terlebih dahulu sebagai langkah awal menghadapi saingan di kelas Moto2 Kejuaraan Motosikal Dunia sekiranya diberikan peluang beraksi sekali lagi selepas ini.
Helmi yang membuat penampilan sulung di Grand Prix (GP) Malaysia 2023 bersama pasukan PETRONAS MIE Racing RW berkata, pentas kejuaraan di Eropah bakal memberikan ruang untuknya belajar mengenai selok belok perlumbaan kejuaraan dunia.


"Kalau ada peluang, saya perlu berada di CEV Moto2 (kini Kejuaraan Dunia JuniorGP) kerana saya boleh banyak belajar. Kalau terus bermain wildcard (di grand prix kejuaraan dunia), memang sukar untuk memberikan saingan kepada mereka.


"Di trek sendiri pun kita boleh lihat saya agak bergelut, tetapi kalau ada program untuk saya di CEV atau sebagainya, mungkin itu akan membantu saya lebih mempamerkan peningkatan," kata Helmi kepada media selepas perlumbaan, hari ini.




Helmi menamatkan perlumbaan dengan catatan 37 minit 14.318 saat (s) untuk berada di tempat ke-23 selepas memulakan saingan dari petak terakhir ke-31.


"Syukur dapat tamatkan perlumbaan di hadapan penonton yang ramai. Sudah tentu apabila di hari perlumbaan, memang ramai yang datang memberikan sokongan.



"Motivasi saya menjadi tinggi. Saya mengucapkan terima kasih kepada penyokong Malaysia yang datang memberikan sokongan. Saya tahu mereka letak harapan tinggi kepada saya, tetapi ini minggu pertama saya di atas jentera Moto2. Sekiranya ada rezeki di masa hadapan, saya akan lebih meningkat lagi," katanya.

Dalam pada itu, rakan sepasukan Helmi, Azroy Hakeem Anuar tidak menamatkan perlumbaan selepas dua kali terjatuh pada penampilan keduanya di GP Malaysia.


"Saya jatuh tanpa sebab. Apapun, saya sudah menunjukkan peningkatan sejak hari pertama hingga semalam tetapi apabila jadi seperti ini, saya agak kecewa," katanya.



PETRONAS 2023 di Litar Antarabangsa Sepang. NSTP/ASYRAF HAMZAH
https://www.bharian.com.my/sukan ... elmi-luah-rasa-hati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.399083 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list