CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 991|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 3 penjawat awam ditahan kes kurung, peras wartawan

[Copy link]
Post time 13-11-2023 04:44 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Tiga penjawat awam antara enam ditahan polis kerana disyaki mengurung dan memeras wang daripada seorang lelaki warga asing.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan, berkata tangkapan ke atas enam suspek dibuat Jumaat lalu, susulan satu laporan polis diterima Polis Daerah Gombak, Rabu sebelumnya.

Katanya, pengadu iaitu seorang lelaki warga asing memaklumkan bapa saudaranya minta untuk diselamatkan dengan membawa sejumlah wang.

"Pengadu kemudian dihubungi seseorang menggunakan satu nombor yang tidak dikenali melarang membuat laporan polis.



"Hasil siasatan, tiga penjawat awam dikenal pasti dan disyaki terbabit kes itu dipanggil dan ditangkap di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, polis turut menahan tiga orang awam yang disyaki terbabit dalam kes itu, selain memburu tiga lagi suspek yang masih bebas.

"Kesemua tangkapan kemudian direman dua hari dan mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan, iaitu melalukan kurungan salah dan Seksyen 385 Kanun Keseksaan iaitu pemerasan," katanya.

Beliau memberi jaminan, polis akan menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kes itu tanpa melindungi mana-mana pihak.

"Justeru itu, mohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini," katanya.

Sebelum ini, tular satu laporan polis berhubung tangkapan ke atas tiga anggota polis yang bertugas di sebuah IPD di ibu negara berkait kes berkenaan.

Difahamkan, mereka didakwa diupah oleh salah seorang suspek untuk menahan mangsa yang juga lelaki warga asing secara salah sebelum menyerahkan mangsa kepada suspek.

Terdahulu, tular juga di media sosial berhubung kejadian penculikan seorang lelaki warga Bangladesh yang juga seorang wartawan sebuah media antarabangsa.
https://www.bharian.com.my/berit ... rung-peras-wartawan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.097022 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list