CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1136|Reply: 0

[Selangor] Pasar raya, kedai runcit mula jual bawang import dari China, lebih murah

[Copy link]
Post time 13-11-2023 05:59 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP

Kajang: Bawang merah import dari India tiada lagi di pasaran sebaliknya digantikan dengan bawang merah dari China dengan harga yang lebih murah.

Tinjauan di sebuah pasar raya dan beberapa kedai runcit mendapati harga bawang merah di pasar raya adalah RM2.29 sekilogram, manakala bawang merah di kedai runcit berada pada sekitar RM5 sehingga RM6.

Menurut seorang pekerja pasar raya yang tidak mahu dikenali, sejak beberapa minggu lalu, pasar raya tidak lagi menjual bawang import dari India kerana bawang yang diimport dari China adalah lebih murah.

"Sekiranya bawang India yang dijual kami tidak dapat menawarkan harga RM2.29. tambahan pula sekarang ini adalah musim perayaan, jadi inilah harga yang terbaik kami mampu berikan.



"Ada juga yang bertanyakan mengenai bawang import daripada India. Pelanggan ramai yang suka disebabkan rasanya yang manis, kami cadangkan kepada mereka untuk membeli bawang import China," katanya.

Sementara itu, tinjauan terhadap bekalan gula pasir mendapati bekalan sudah habis dijual pada awal pagi tetapi gula putih jernih (premium) masih lagi banyak.

Menurut Peniaga air dalam balang, Shamsul Muhd, 29, perniagaannya terkesan kerana terpaksa membeli gula premium yang lebih mahal.

"Setiap hari kami menggunakan gula yang banyak untuk membuat air. Apabila terjadi situasi kekurangan gula ini, saya sebagai peniaga akan terkesan. Kadang kala saya sempat mendapatkan bekalan gula tetapi ia cuma terhad kepada tiga paket seorang.

"Saya harap isu ini boleh diselesaikan dengan cepat. Saya tidak mampu untuk menggunakan gula premium setiap hari. Jika saya naikkan harga apa pula kata pelanggan," katanya.

Terdahulu media melaporkan harga gula mentah yang tinggi dalam pasaran antarabangsa, antara punca gangguan bekalan gula di Sabah serta beberapa kawasan di negara ini, kata Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Bagi menangani isu itu, Armizan dilaporkan berkata, kerajaan meluluskan permit import (AP) kepada 43 syarikat bagi membawa masuk 557,080 tan metrik gula supaya bekalan untuk rakyat sentiasa stabil, namun hanya 22,547 tan metrik atau 4.05 peratus dapat dibawa masuk hingga Khamis lalu.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-china-lebih-murah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.101135 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list