View: 4003|Reply: 0
|
Ronaldo belum hilang bisa di pentas antarabangsa
[Copy link]
|
|
Ronaldo belum hilang bisa di pentas antarabangsa
Pemain Portugal, Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ketika aksi Kelayakan Kumpulan J Euro 2024 menentang Liechtenstein di Rheinpark Stadion, Vaduz, Liechtenstein. - Foto REUTERS
VADUZ, Liechtenstein: Cristiano Ronaldo menjaringkan satu gol ketika Portugal menewaskan Liechtenstein 2-0 dalam aksi Kumpulan J Kelayakan Euro 2024.
Pemain 38 tahun itu kini terikat dengan penyerang Belgium, Romelu Lukaku sebagai penjaring terbanyak kempen kelayakan Euro kali ini.
Dengan tiket ke pusingan akhir sudah disahkan, Portugal mendahului kumpulan pada 27 mata, lapan di depan Slovakia yang menghuni tangga kedua. Liechtenstein di tangga tercorot tanpa sebarang mata selepas sembilan perlawanan.
Pengendali Portugal, Roberto Martinez memutuskan untuk tidak merehatkan kesebelasan utama biasanya, tetapi mereka bergelut untuk memecah kebuntuan di babak pertama.
Bagaimanapun selepas rehat, lorongan Diogo Jota sampai kepada Ronaldo dan pemain Al-Nassr itu menewaskan dua pertahanan Liechtenstein sebelum merembat bola untuk gol pertama Portugal.
Ronaldo turut melebarkan jumlah jaringannya sebagai penjaring terbanyak di pentas antarabangsa kepada 128 gol dalam 204 perlawanan.
Joao Cancelo menambah jaringan pada minit minit ke-56 dengan menolak bola ke gawang kosong selepas penjaga gol Liechtenstein, Benjamin Buechel terkeluar dari posisinya. - REUTERS
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... pentas-antarabangsa
|
|
|
|
|
|
|
| |
|