CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2963|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka di Terengganu, Kelantan hingga Isnin

[Copy link]
Post time 18-11-2023 12:59 PM | Show all posts |Read mode

Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Terengganu dan Kelantan hingga Isnin ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan keadaan itu dijangka membabitkan seluruh Terengganu serta beberapa kawasan di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai bermula hari ini.

"Amaran hujan berterusan (tahap buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 milimeter dalam tempoh enam jam," menurut kenyataan itu.

MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan tahap waspada turut dijangka di beberapa kawasan di Kelantan, Kedah, Perak, Pahang dan Sabah dalam tempoh sama.



Kawasan terbabit di Kelantan ialah Gua Musang manakala di Kedah meliputi Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.

Keadaan sama juga dijangka berlaku di Perak (Hulu Perak dan Kuala Kangsar); Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin); dan Sabah (Ranau, Kota Belud, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat). – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berit ... terengganu-kelantan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.137273 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list