CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3113|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Penduduk kawasan berisiko banjir, perlu waspada hujan lebat' - Zahid Hamidi

[Copy link]
Post time 19-11-2023 12:25 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menggesa semua penduduk terutama yang berada di kawasan berisiko banjir, mengambil langkah pencegahan sewajarnya susulan amaran hujan lebat tahap buruk dijangka melanda Terengganu dan Kelantan hingga esok.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid meminta penduduk sentiasa mematuhi arahan dikeluarkan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

"Saya berdoa dan berharap agar keadaan banjir ini dapat dielakkan dan penduduk terhindar dari musibah kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda," katanya menerusi hantaran itu.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca itu yang melibatkan seluruh Terengganu, manakala beberapa kawasan di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai bermula 18 Nov.


Selain itu, MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan tahap waspada turut dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan, Kedah, Perak, Pahang dan Sabah dalam tempoh sama.

Kawasan terlibat di Kelantan ialah Gua Musang manakala di Kedah meliputi Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.

Keadaan sama juga dijangka berlaku di Perak (Hulu Perak dan Kuala Kangsar); Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin); dan Sabah (Ranau, Kota Belud, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat). – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... a-hujan-lebat-zahid
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.051795 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list