CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3054|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Lelaki itu sudah diberhentikan, kami mohon maaf - Pengurus restoran

[Copy link]
Post time 19-11-2023 01:23 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video tular di TikTok

Kuala Lumpur: Pengurusan Restoran Mon Chinese Beef Roti di Bukit Bintang, di sini mengakui kesilapan pihaknya kerana terlepas pandang dengan isu pemakaian rantai salib membabitkan individu yang didakwa salah seorang kakitangannya.

Pengurus cawangan tempatan restoran dikenali Sofia, 27, ketika ditemui Harian Metro mengesahkan individu berkenaan sebelum ini adalah seorang daripada kakitangannya.

Bagaimanapun, lelaki itu sudah tidak lagi bekerja di restoran selepas diberhentikan dan pihak pengurusan memohon maaf kepada mereka yang tersinggung serta berasa kurang senang selepas menonton video tular itu.

Sofia berkata, pihaknya juga berjanji akan lebih peka supaya tidak terlepas dengan pandang dengan perkara menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.



"Saya akui ia adalah kesilapan pihak pengurusan kerana tidak memeriksa dengan teliti latar belakang bekas kakitangan kami itu. Dia (bekas kakitangan) sudah diberhentikan oleh pengurusan sebelum saya dapat tahu lagi mengenai isu tular dan mohon maaf sangat atas kesilapan itu.

"Jujurnya, saya tak boleh tidur lena memikirkan isu berkenaan kerana terkejut apabila dapat tahu video itu tular dengan begitu cepat," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Sofia berkata, buat masa ini, restoran masih beroperasi dengan bantuan empat pekerja dari China dan seorang warga tempatan yang kesemuanya Cina Muslim.

Berhubung status halal pula, Sofia berkata, perkara itu memang menjadi keutamaan pihak pengurusan kerana menyedari ramai dalam kalangan pelanggan mereka adalah Muslim.

"Sebelum buka restoran di sini lagi, kami sudah berhubung dengan ejen dilantik bagi membantu dalam menguruskan proses mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Cuma proses mendapatkan sijil halal itu mengambil masa kerana banyak dokumen diperlukan dan saya pula masih muda dalam menguruskan perniagaan tapi akan cuba sehabis baik (bagi mendapatkan sijil halal)," katanya.

Mengenai sambutan diterima pula, Sofia tidak menyangka restoran diusahakannya akan tular hingga dikunjungi ramai pelanggan setiap hari kerana baru dua bulan dibuka di negara ini.

"Di China ada 52 cawangan dan memang popular hingga pelanggan berbaris panjang di semua premis di sana.

"Di sini pula adalah cawangan pertama dan sangat baru tapi tak sangka kerana sambutannya luar biasa. Terima kasih kepada semua yang datang," katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial video dimuat naik seorang pengguna TikTok mengenai pengalamannya berkunjung ke Restoran Mon Chinese Beef Roti di Bukit Bintang, di sini yang tular hingga ramai pelanggan sanggup berbaris panjang di luar premis.

Bagaimanapun, isu timbul apabila tersebar tangkap layar video berkenaan menunjukkan salah seorang kakitangan restoran memakai songkok dengan rantai salib di leher.

Ia sekali gus mengundang tanda tanya netizen yang mempersoalkan adakah restoran itu cuba mengaburi pelanggan meminta pekerja bukan Muslim memakai songkok.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... f-pengurus-restoran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.417604 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list