CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3815|Reply: 0

Euro 2024: Langkah terakhir Itali getir

[Copy link]
Post time 19-11-2023 01:48 PM | Show all posts |Read mode

CHIESA muncul pemain paling menonjol selepas meledak dua gol ketika membantu Itali membenam cabaran Macedonia Utara awal pagi semalam. - AFP

ROM – Itali semakin hampir untuk memastikan tempat ke pusingan akhir Euro 2024 tahun depan selepas membelasah Macedonia Utara 5-2 dalam aksi kelayakan yang berlangsung di Stadium Olimpico awal pagi semalam.

Bagaimanapun, mereka perlu melepasi satu lagi halangan iaitu aksi terakhir Kumpulan C menentang Ukraine awal pagi Selasa nanti bagi mengesahkan tempat ke kejohanan empat tahun sekali itu.

Jurulatih The Azzurri, Luciano Spalletti percaya barisan pemainnya menampilkan aksi cukup baik pada perlawanan itu meskipun mereka beberapa kali diancam oleh serangan balas pantas pasukan pelawat.

“Pada perlawanan hari ini (semalam), saya yakin dengan kemampuan pemain-pemain Itali dan kami hanya menunggu masa untuk menjaringkan gol. Bagaimanapun, mereka juga tidak kurang hebat ketika melakukan serangan balas pantas.

“Mereka tidak banyak mengancam pintu gol kami di separuh masa pertama, namun keadaan sedikit berbeza selepas waktu rehat. Mereka beberapa kali melakukan serangan dan berjaya menjaringkan gol,” katanya.

Pada perlawanan itu, Federico Chiesa dianggap sebagai pemain terbaik Itali apabila berjaya meledak dua gol manakala tiga lagi gol dijaringkan Matteo Darmian, Giacomo Raspadori dan Stephan El Shaarawy.

“Pemain-pemain Itali sudah mula menunjukkan karakter masing-masing pada perlawanan ini dan ia sesuatu yang sangat baik untuk pasukan. Saya harap mereka boleh teruskan aksi seperti ini ketika berdepan Ukraine,” ujar Spalletti. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... rakhir-itali-getir/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.121607 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list