CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4917|Reply: 0

[Johor] 'Pelamin anganku musnah' bakal pengantin dipenjara kerana ceroboh surau

[Copy link]
Post time 19-11-2023 03:15 PM | Show all posts |Read mode

Nordin Ahmad Maat terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan selepas dipenjara enam bulan kerana gagal bayar denda dikenakan Mahkamah Majistret atas kesalahan pecah tabung surau.

MUAR: Seorang bakal pengantin lelaki terpaksa menangguhkan majlis perkahwinannya, kerana gagal membayar denda RM2,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, atas kesalahan memecah tabung surau dekat Bukit Mor, Parit Jawa, dekat sini minggu lalu.

Tertuduh, Nordin Ahmad Maat, 50, yang sepatutnya menamatkan zaman bujang bulan depan, dihantar ke penjara selepas hukuman dijatuhkan, susulan pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret, Fatin Dalilah Khalid.

Dia yang bekerja kebun didakwa menceroboh surau dengan niat untuk melakukan jenayah dengan kejadian itu berlaku pada jam 11.31 malam, 9 November lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.



Mengikut fakta kes, tertuduh berseorangan dilaporkan memasuki dalam surau terbabit untuk mencuri duit tabung.

Perbuatan tertuduh berjaya dikesan salah seorang kariah surau selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di telefon bimbit.

Pengadu kemudian memanggil rakannya lalu ke surau terbabit dan melihat sebuah motosikal di parkir di hadapannya. Tertuduh yang menyedari kehadiran pengadu kemudian bertindak melarikan diri dengan memanjat pagar belakang surau terbabit.

Berikutan itu, pengadu membuat laporan polis sebelum ditahan untuk tindakan lanjut.

Semakan mendapati tertuduh mempunyai empat rekod lampau pada 2019, iaitu dua rekod bagi Seksyen 411 manakala Seksyen 448 dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan, masing-masing satu kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Arif Marzuki manakala tertuduh diwakili Norain Sakina Zakri daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah memutuskan tertuduh disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 14 hari dari tarikh sabitan iaitu hari ini serta denda RM2,000.

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayarnya.
https://www.bharian.com.my/berit ... erana-ceroboh-surau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.675124 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list