View: 3958|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
'Tiada sekelumit sesal, sedih dengan kekurangan Rizqi'
[Copy link]
|
|
MOHD Fazli bersama anak dan isterinya ketika mengikuti program Annual Charity Walk Jog Wheel A-Thon with Disabled Ke-28. FOTO
Kuala Lumpur: "Kehadiran Rizqi dalam hidup saya dan isteri selepas menanti selama tujuh tahun adalah nikmat Allah SWT yang paling disyukuri, malah tiada sekelumit rasa sesal dan sedih dengan kekurangan dirinya," kata Mohd Fazli Samad.
Mohd Fazli, 38, adalah bapa kepada Muhammad Emir Rizqi atau mesra disapa Rizqi, 7, yang menghidap penyakit lumpuh otak atau cerebral palsy (CP) selepas beberapa hari dilahirkan.
Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu berkata, dia dan isterinya, Wani Mastura Hashim, 39, teruja saat menanti kelahiran 'permata' yang ditunggu sejak tujuh tahun lalu dan mengakui tidak menyangka Rizqi diuji dengan penyakit itu.
Menurutnya, ketika dilahirkan berlaku komplikasi dan Rizqi juga mengalami kekurangan oksigen sebelum anak tunggalnya itu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari kedua.
"Rizqi adalah rezeki paling bermakna buat kami biarpun sudah menunggu lama sehingga tujuh tahun tetapi kami tidak sedih 'hadiah' diterima itu ada kekurangan.
"Pada saya Rizqi adalah permata hati yang cukup sempurna buat kami walaupun dia hanya boleh bercakap abah dan mama saja ketika berusia lima tahun serta tidak boleh menguruskan dirinya sehingga kini," katanya.
Mohd Fazli ditemui pada program Annual Charity Walk Jog Wheel A-Thon with Disabled Ke-28 anjuran Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan di Dataran Merdeka, di sini, hari ini.
Katanya, demi Rizqi mahu menjaga Rizqi dia memilih untuk tidak menyambung perkhidmatan untuk lima tahun lagi dan akan bersara pada Jun tahun depan.
"Rizqi masih menjalani rawatan susulan termasuk rehabilitasi dan itu membuatkan saya memilih tidak bersara tahun depan. Ketika ini Rizqi satu-satunya permata hati dan belum ada rezeki menambah anak tetapi saya anggap ini peluang kepada kami untuk memberi perhatian kepadanya," katanya.
Sementara itu, duta Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan Herley Abdul Hamid berkata, aktiviti disertai lebih 2,000 peserta membabitkan pelbagai kategori orang kurang upaya (OKU).
"Penganjuran aktiviti tahunan ini mencapai objektifnya dalam usaha memberi kesedaran mengenai komuniti OKU dan mengumpul dana sekali gus ia mengeratkan hubungan antara komuniti," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-kekurangan-rizqi |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|