View: 9796|Reply: 32
|
[Tempatan]
'Tolong lah PMX', rakyat Palestin mohon bantuan kerajaan hantar pulang
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 20-11-2023 04:51 AM
Seorang warga Palestin yang kini berada di Malaysia meminta bantuan daripada kerajaan untuk membantunya pulang ke kampung halamannya di Gaza, Palestin.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun media sosialnya, pemuda yang bernama Yousuf atau lebih dikenali sebagai Yousuf Anak Palestine berkata, dia mahu pulang ke tanah kelahirannya selepas lebih 10 hari gagal menghubungi ahli keluarganya.
Katanya, dua ahli keluarganya juga sudah syahid apabila kediaman mereka hancur dibedil rejim zionis baru-baru ini.
“Saya nak minta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tolong saya. Saya nak balik Palestin.
“Saya nak minta tolong daripada anda. Saya nak satu surat, untuk saya boleh masuk dari border Rafah.
“Saya nak masuk Gaza sebab dua orang ahli keluarga saya dah meninggal dunia syahid dan saya tak dapat contact keluarga saya,” katanya.
Difahamkan, Yousuf sudah sembilan tahun berada di Malaysia sejak tahun 2015 bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang Farmasi.
Yousuf juga memaklumkan dalam satu wawancara, dia kini sedang bekerja di negara ini untuk mencari rezeki supaya dapat menyara keluarganya yang berada di Gaza.
“Terima kasih Malaysia, kita bersaudara. Saya bersyukur duduk di sini,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan urusan Yousuf dipermudahkan dan membuat pautan kepada akaun rasmi Perdana Menteri mengenai hasrat pemuda itu.
Semoga hasrat Yousuf dapat didengar pihak kerajaan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ostad Bit Lewd takleh tolong ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah hensem, kesian acik² Meleis tengok hensem² kiok pulak bila balik nanti
Fikir baik baik, fikir dalam dalam - nasihat acik Meleis |
|
|
|
|
|
|
|
Kasi lah dia balik, sian dia
|
|
|
|
|
|
|
|
bagusla dia balik. mmg dia patut balik, dia sihat, lelaki, berakal negara dia pun tgh bergolak.
lain la macam laki orang tu………….. |
|
|
|
|
|
|
|
Balik kg pun hang boleh buat apa? Hospital pun kena serang..letrik takdak..duk aman2 kat sini dulu. Acik forem setakat hadiah al fatihah je kalau ko matey. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak perlu la balik... Support dari malaysia je.. Kumpul dana naikkan semula gaza.. |
|
|
|
|
|
|
|
joy_ah replied at 20-11-2023 01:41 AM
bagusla dia balik. mmg dia patut balik, dia sihat, lelaki, berakal negara dia pun tgh bergolak.
lai ...
Tp ramai backup laki org tu?? |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 20-11-2023 03:18 AM
Tp ramai backup laki org tu??
sinis aku pandang atas bawah.
bagi aku elok la laki2 yg sihat walafiat ni stay back or balik serve their country or society.
dia ni lelaki, banyak gunanya. kalo tak pergi berperang pun boleh jela laki2 ni volunteer jaga sesama civillian yg lain, jaga kem pelarian, jaga budak2, anak2 yatim, perempuan2, orang tua yg ditinggalkan.
katanya dia ada background pharmacy, hah elok sgt la tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bnyk org bila negara bergolak lagi tak mau balik sbb takut mati. Lelaki ni terbalik. Bagusnya orang palestin didik anak depa |
|
|
|
|
|
|
|
redha je lah dulu...cease fire pun no news. |
|
|
|
|
|
|
|
Hantar balik, kang dia buka kedai shisha dkt bukit bintang kang |
|
|
|
|
|
|
|
Klu hari tu blh beriya² tlg Nourain & hb balik msia...sepatutnya dia kena stay kat negara laki dia....
Takkn tak blh tlg mamat ni nk balik gaza..... |
|
|
|
|
|
|
|
mrseller replied at 20-11-2023 09:56 AM
Hantar balik, kang dia buka kedai shisha dkt bukit bintang kang
Palestine ada bukit bintang ek?.....
Kau baca tajuk je ek?..... |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 20-11-2023 10:32 AM
Palestine ada bukit bintang ek?.....
Kau baca tajuk je ek?.....
Mana ada. Tak tau general knowledge ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi Bangsa Palestine ... PMX dan Malaysia pastilah mempunyai peran yang sangat penting membela eksistensi mereka dari kekejaman dan perlakuan biadab zionis Israel ....
Sikap Pro-Aktif PMX atas nasib bangsa palestine masih terus mereka nantikan ... |
|
|
|
|
|
|
|
Pegi je la hantar balik
Duk sini pun buat perabih duit tax payers jah. |
|
|
|
|
|
|
|
one thing for sure orang palestine ni have a very strong faith in Allah, but nak balik for now nothing much u can do la dik. Doa banyak banyak. Also Malaysia kena fokus manage negara instead fokus on 1 person merayu nak balik. Not wise to do so. |
|
|
|
|
|
|
| |
|