View: 1016|Reply: 0
|
Giliran PBT pula tunjuk samseng dalam bola sepak
[Copy link]
|
|
AKSI pergaduhan dalam Kejohanan 9 Sebelah Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) 2023. FOTO Ihsan pembaca
Kuala Lumpur: Isu pergaduhan dalam sukan bola sepak nampaknya semakin merebak dan terbaharu terjadi di Perak membabitkan pengadil perlawanan.
Melalui video yang dikongsikan oleh Pemerhati Pengadil di Twitter miliknya semalam, kejadian itu terjadi di Kejohanan 9 Sebelah Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) 2023 di Manjung, Perak, baru-baru ini.
Difahamkan, kali ini pemain serta pegawai pasukan yang terbabit cuba mensasarkan pengadil perlawanan sehingga dirinya terpaksa berlari untuk menyelamatkan diri dari menjadi mangsa di pukul beramai-ramai.
Malah ada di antara pemain yang sanggup mengejar dan cuba melakukan terjahan keras terhadap pengadil itu. Rata-rata netizen menyuarakan agar terus buat laporan polis apatah lagi yang terbabit dalam kejohanan itu adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
"Senang je, Kenal pasti PBT mana serta siapa yang memukul. Buat laporan polis. Kalau ada gambar bagi pada polis. Salinan laporan tu bagi kat ketua tertinggi dalam PBT. Esok lusa berakai la anggota yang buat hal," kata Masuth.
"Buat laporan polis, biar yang terlibat polis uruskan," kata Khzlee.
"Moral of the story kalau mental tak kuat tak payah main sukan. Baik duk umah main ML ke PUBG paling kurang handphone je pecah," kata Amirul Razak.
Difahamkan, pihak penganjur MALA dan wakil pengadil perlawanan yang terbabit membuat laporan polis untuk siasatan lanjut mengenai kejadian berkenaan.
Sebelum ini Arena Metro melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed kecewa dengan isu pergaduhan yang berlaku ini.
Beliau turut kepada semua Persatuan Bolasepak Negeri dan Daerah agar memperketat dan menyelaras sebaiknya prosedur operasi standard (SOP) berkaitan keselamatan babitkan pertandingan atau liga swasta di tempat masing-masing.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ng-dalam-bola-sepak |
|
|
|
|
|
|
| |
|