View: 1274|Reply: 0
|
[Selangor]
Reman dua beranak terbabit jual beli bayi disambung 3 hari
[Copy link]
|
|
RAKAMAN CCTV menunjukkan dua beranak yang melarikan bayi milik wanita warga Indonesia.
Ampang: Perintah reman yang dikenakan terhadap dua beranak serta seorang wanita Indonesia yang ditahan selepas dipercayai terbabit dengan urusan jual beli bayi serta melarikan bayi di sebuah kedai barangan bayi di Jalan Ampang, di sini, Jumaat lalu, disambung lagi.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, sebelum ini, ketiga-tiga suspek berusia antara 19 hingga 49 tahun itu direman selama tiga hari.
"Reman pertama ketiga-tiga suspek berkenaan tamat hari ini dan disambung lagi reman selama tiga hari.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 48 Akta Kanak-Kanak 2001," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Hari ini, Harian Metro melaporkan seorang wanita warga Indonesia bagaikan histeria apabila bayinya dilarikan oleh dua beranak dalam kejadian di sebuah kedai barangan bayi di Jalan Ampang di sini, Jumaat lalu.
Bagaimanapun, adegan wanita terbabit turut mendedahkan perbuatannya yang mahu menjual bayi lelaki yang berusia 15 hari ketika kejadian berkenaan kepada dua beranak terbabit.
Seorang pekerja di kedai barangan bayi yang enggan dikenali dipetik berkata, tiga wanita terbabit dilihat memasuki premis itu kira-kira jam 7 malam pada hari kejadian.
Menurutnya, wanita Indonesia itu kemudiannya dilihat meminta seorang daripada dua beranak berkenaan memegang bayi berkenaan yang menangis sementara dia memilih pakaian.
Katanya, beberapa minit kemudian, wanita yang membawa bayinya dilihat keluar dari kedai sebelum menaiki kereta dipandu seorang lagi wanita yang bersamanya sebelum itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... yi-disambung-3-hari |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|