CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1344|Reply: 0

Yazan digantung seumur hidup beraksi di Malaysia

[Copy link]
Post time 20-11-2023 04:39 PM | Show all posts |Read mode

YAZAN (dua dari kiri) menendang punggung pengadil selepas dilayangkan kad merah ketika Selangor menentang Terengganu. FOTO ARKIB NSTP

Kuala Lumpur: Kelibat bekas pemain import Selangor, Yazan Mousa Mahmoud Al Arab pasti tidak akan ada lagi dalam kancah bola sepak tanah air apabila dia digantung seumur hidup daripada terbabit dalam sukan itu di negara ini.

Menerusi kenyataan media Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hukuman itu dikenakan terhadap Yazan selepas dia didapati melanggar Artikel 51, perenggan 1(a) dan Artikel 59 Kod Tatatertib FAM kerana meluru sambil mengeluarkan kata-kata kepada pengadil perlawanan.

"Pemain ini menarik bahu dan seterusnya menolak dengan daya yang berlebihan di bahagian dada pengadil perlawanan (pertuduhan pertama) dan apabila dilayangkan kad merah, pemain ini secara agresif menyerang dengan menyepak ke bahagian punggung kiri pengadil.

"Yazan meludah ke arah pengadil perlawanan (pertuduhan kedua) semasa perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2023 antara Selangor menentang Terengganu di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), 24 September lalu.


"Dia digantung empat perlawanan bagi pertuduhan pertama dan digantung seumur hidup daripada terbabit dengan sebarang aktiviti bola sepak termasuk aktiviti pentadbiran, pengurusan dan kesukanan serta aktiviti yang bersampingan dengannya di Malaysia bagi pertuduhan kedua," menurut kenyataan itu selepas mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM d ke-14 bagi penggal 2021-2025 yang diadakan di Wisma FAM, hari ini.

Sementara itu, juara 10 kali Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) perlu membayar RM15,000 berikutan tindakan seorang penyokong skuad Harimau Selatan memukul penyokong Kuala Lumpur City (KL City) FC pada aksi final Piala FA 2023 di Stadium Sultan Ibrahim.

"JDT didenda RM15,000 bagi setiap kesalahan serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

"Bagaimanapun, keputusan itu masih boleh dirayu," katanya.

Nasib malang turut melanda Selangor FC kerana mereka perlu membayar denda RM23,000 membabitkan tiga kesalahan pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2023 tempoh hari.

"Selangor FC didenda RM10,000 bagi pertuduhan pertama, RM3,000 bagi pertuduhan ketiga dan RM10,000 bagi pertuduhan ketiga.

"Selangor FC diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan sama," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... beraksi-di-malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.035313 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list