CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3613|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Air kunyit rahsia Uwan 102 tahun

[Copy link]
Post time 22-11-2023 11:07 AM | Show all posts |Read mode

HALIPAH (tengah) bermesra bersama cucu-cucunya ketika ditemui dirumahnya di Kampung Ladang, Gemas. FOTO Azrul Edham

Tampin: Tidak mengambil ubat moden selain mengamalkan minum air kunyit dan air halia sejak usia muda antara rahsia wanita warga emas ini kekal sihat meskipun usianya sudah mencecah 102 tahun.

Lebih mengejutkan, Halipah Hasan dari Kampung Ladang, Gemas, di sini, tidak mengalami sebarang penyakit dan hanya mengalami masalah penglihatan yang semakin kabur disebabkan faktor usia.

Cucunya, Norazizah Mat Ripin, 40, berkata, berdasarkan tarikh lahir pada kad pengenalan neneknya itu, wanita itu dilahirkan pada 1921, namun dipercayai dilahirkan lebih awal dari itu kerana masalah pendaftaran pada ketika itu.

"Biasalah orang dahulu daftar kelahiran lambat, tapi yang saya diberitahu kemungkinan lewat setahun ke dua tahun.



"Uwan (Halipah) berkahwin ketika usia 16 tahun dan dengan lima kali perkahwinan sebelum dikurniakan empat anak dan kini mempunyai 11 cucu serta sembilan cicit," katanya ketika ditemui, hari ini.

Norazizah berkata, neneknya yang mesra disapa Uwan Lipah itu seorang tukang urut serta bidan dan mungkin disebabkan itu, wanita berkenaan mengamalkan hidup sihat mengikut cara tradisional.

"Uwan banyak amalkan petua orang dulu-dulu dan antara yang menjadi amalannya ialah minum air kunyit dan halia, tapi sejak tiga tahun lalu, dia tidak lagi meminumnya.

"Uwan juga tidak makan ubat moden, jika demam atau badan dia tak sihat, dia hanya minum air suam atau makan telur ayam kampung. Saya difahamkan Uwan tidak pernah dimasukkan ke hospital dan dia tidak suka ke hospital.

"Bagaimanapun, Uwan tidak mampu berjalan kerana kedua-dua belah pahanya patah ketika berusia 90 dan 99 tahun. Jadi sekarang Uwan perlu dibantu untuk urusan harian.

"Tahun lepas, saya bawa Uwan buat pemeriksaan kesihatan dan doktor terkejut kerana dia tidak sakit apa-apa. Alhamdulillah, Uwan tiada sakit apa-apa, kencing manis dan darah tinggi pun tiada.

"Cuma, apabila sudah tua, mata dia mula kabur dan ada kalanya dia tak ingat, tapi masih boleh bersembang dan bergurau. Uwan juga kelakar orangnya," katanya sambil tersenyum.

Norazizah memaklumkan, dia juga sangat rapat dengan Halipah kerana wanita kerana tidak pernah terpisah dengan wanita berkenaan dan bersyukur kerana masih berpeluang menjaganya.

Ditanya mengenai rutin dan jenis makanan neneknya itu, Norazizah memberitahu wanita warga emas itu gemar makan udang masak lemak cili api dan teh susu, namun dia tidak memilih soal makanan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hsia-uwan-102-tahun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.052023 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list