View: 3050|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Banjir: 5,149 di 40 PPS
[Copy link]
|
|
SEKUMPULAN kanak-kanak bermain air dengan menaiki pelampung selepas kawasan berkenaan dinaiki air. FOTO Bernama
Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh negara semakin meningkat kepada 5,149 mangsa pagi ini.
Setakat 10 pagi ini, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan, semua mangsa membabitkan 1,378 keluarga itu mendapat perlindungan di 40 PPS di Perak, Kelantan dan Terengganu.
Terengganu mencatatkan jumlah mangsa paling ramai dengan 4,705 mangsa daripada 1,260 keluarga ditempatkan di 32 PPS di negeri itu.
Sebanyak tujuh PPS pula dibuka di Kelantan bagi menempatkan 405 mangsa daripada 104 keluarga.
Selain itu, seramai 39 mangsa daripada 14 keluarga masih ditempatkan di sebuah PPS di Perak.
Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Kelantan dan Terengganu berkuat kuasa sehingga Jumaat ini.
Amaran hujan berterusan tahap waspada pula dikeluarkan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak berkuat kuasa sehingga Khamis ini.
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada untuk Kelantan dan Pahang berkuat kuasa sehingga Jumaat ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... njir-5149-di-40-pps |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|