|
GAMBAR hiasan
Hulu Selangor: Geng Samun Boy yang menyasarkan gudang dan stor di daerah ini yang menyimpan mesin serta barangan kerja pembaikan ditumpaskan polis pagi semalam.
Tiga lelaki warga tempatan berusia 31 hingga 46 tahun memecah masuk premis dan mengacu senjata kepada orang yang berada di dalam sebelum melarikan barang.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, terdahulu penjenayah terbabit menyasarkan sebuah stor simpanan jentera berat di Jalan Sungai Buaya, Serendah, di sini.
Katanya, bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan polis menyerbu beberapa lokasi di sekitar Rawang dan Hulu Selangor.
"Polis berjaya berjaya merampas pelbagai barangan antaranya dua unit kelengkapan bengkel, vakum, gergaji rantai, parang, dua telefon bimbit, dua generator dan pelbagai jenis alatan kegunaan kerja-kerja pembersihan, tukang serta logam.
"Turut dirampas adalah tangga aluminium, payung dan mesin pencetak," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ahmad Faizal berkata, semakan lanjut mendapati dua daripada tiga suspek mempunyai rekod lampau dadah dan jenayah.
Manakala seorang lagi tidak mempunyai rekod dan ujian air kencing ke atas ketiga-tiga suspek didapati negatif dadah.
"Suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 28 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan (KK)," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ng-samun-boy-tumpas |
|