View: 5925|Reply: 57
|
6 Beradik & Seorang Rakan Ditahan Rogol Kanak-Kanak 11 Tahun, Adik Mangsa Jadi Saksi
[Copy link]
|
|
Gerik: Polis menahan tujuh lelaki termasuk enam beradik selepas dipercayai merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun secara bergilir-gilir di Kampung Pahat Luar, di sini.
Ketua Polis Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata laporan mengenai kejadian diterima jam 9.26 malam kelmarin daripada ibu mangsa yang menyatakan anaknya dirogol secara bergilir-gilir oleh tujuh suspek berusia antara 13 hingga 31 tahun berkenaan yang juga kenalan kepada abang mangsa.
Menurutnya, siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku kira-kira 2 petang 3 November lalu dengan ia disaksikan adik lelaki mangsa yang melihat tujuh suspek itu yang merogol mangsa di dalam bilik rumah jiran bersebelahan.
"Hasil siasatan awal, ibu mangsa yang juga suri rumah berusia 36 tahun diberitahu oleh suaminya bahawa anak perempuan mereka berusia 11 tahun dirogol.
"Enam daripada tujuh suspek yang ditahan adalah adik-beradik dengan seorang lagi suspek adalah rakan mereka. Saksi iaitu adik mangsa yang berumur sembilan tahun itu melihat tujuh suspek merogol kakaknya itu.
"Saksi juga memberitahu ada melihat kejadian yang sama berlaku kepada kakaknya sebelum ini dan perkara ini sudah beberapa kali berlaku. Mangsa tidak bersekolah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, semua suspek ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik kira-kira jam 1.51 pagi semalam.
Menurutnya, saringan awal air kencing bagaimanapun mendapati semua suspek berkenaan bebas pengaruh dadah.
Zulkifli berkata, semua suspek direman tujuh hari bermula semalam hingga 27 November ini untuk siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ya ampun...6 beradik tu mak bpk ko main dulu tak baca bismillah ke, perangai sekor2 mcm syaiton |
|
|
|
|
|
|
|
Benci nya berita mcm ni. Kesian budak. Pempuan tu baru umur 11 tahun …trauma gila kot
Perogol pon dr umur 13 sampai 31 tahun…yg tua pon pedo skali |
|
|
|
|
|
|
|
memenda cam ni kena ikut 'dark justice'(drama bersiri)...kena 'laksana hukuman x ikut law'...culik depa dan potong konek.dh.selesai. |
|
|
|
|
|
|
|
Umur 13 dah pandai rogol org… konek besar kue siput je kut…issshhhhh… lahanat betul moga semua jantan durjana tu kena sorg 100 sebatan lps tu mampus kena gelek lori |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa sebelah sana setiap kali kes rogol mesti mangsa tidak bersekolah ?
|
|
|
|
|
|
|
|
13 sampai 31?
Dlm 6 bradik tu sekor pun xberguna
Baik muda/tua cam harey |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah ape yg aku baca ni????
6 beradik tu mmg 6jahanammmm
Ya Allah jauhkan lah keturunanku dari perkara2 sebegini... |
|
|
|
|
|
|
|
Kasi masuk penjara juvana aje semua ni. Kasi sebat rotan besar biar melingkup semua sana |
|
|
|
|
|
|
|
Isu2 mcm ini yang patut para ustaz ustazah ulama ulas n bg lebih perhatian. Dag selalu kot hal2 mcm ni berlaku. Termasuk juga hal2 kelewatan kes syariah yg menyusahkan kaum isteri/bekas isteri, hal2 kaum lelaki yang culas kewajipan. Isu2 miskin tegar lebih kuantiti anak tapi xde kualiti.
Ini tak, concert antarabangsa yg jarang2 sekali wujud kt Malaysia ni yg dorg duk bising sgt. Byk lagi kot local consert yang melekakan esp kt TV tu. Belum kira lg cerita bab drama tempatan yg ada softporn, watak2 lgbt.
|
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 22-11-2023 03:57 PM
kenapa sebelah sana setiap kali kes rogol mesti mangsa tidak bersekolah ?
Ke kat sana budak x sekolah mmg ramai?? Moe x check ke? Tu sebab bancian penting. Rasa tahun lepas n tahun ni mcm xde buat bancian |
|
|
|
|
|
|
|
zanorba replied at 22-11-2023 04:41 PM
Isu2 mcm ini yang patut para ustaz ustazah ulama ulas n bg lebih perhatian. Dag selalu kot hal2 mcm ...
Totally agree
Yg kes ni they all yg buat Naya kt adik tu better die than give a second chance |
|
|
|
|
|
|
|
atau sana kos sara hidup rendah sangat?
rileks je anak tak sekolah.
kalau ibu tunggal i paham la ni suaminya ada.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ermmm. Dasyat nya berita ni. Betul2 6 jahanam |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya ini kes suka sama suka.
Hancur masyarakat. |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 22-11-2023 08:01 PM
atau sana kos sara hidup rendah sangat?
rileks je anak tak sekolah.
kalau ibu tunggal i paham la n ...
Rasa kat sana maybe sebab kesusahan, anak2 x minat sekolah dan nak cari keje
Boleh jadi juga nak sekolah, tapi parents x mampu
Sediakan keperluan, nak hantar pegi balik sekolah
Atau mentaliti parents yg x pentingkan education |
|
|
|
|
|
|
|
Si adik mangsa jadi saksi
Dah kenapa ko tak lari dik minta bantuan org selamatkan kakak ko tu |
|
|
|
|
|
|
|
Menakutkan nye berita macam ni, dah macam dekat yindia sana
Yg 6 adik beradik tu masing2 takde akal ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|