CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 714|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Banjir: Mangsa di Terengganu berkurang, Kelantan pula kekal

[Copy link]
Post time 23-11-2023 11:01 AM | Show all posts |Read mode

PPS SK Dalam Rhu. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan pengurangan manakala di Kelantan kekal sama pagi ini.

Di TERENGGANU, situasi banjir menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurang daripada 3,619 orang pada 10 malam tadi kepada 3,581 orang 8 pagi ini.

Dalam pada itu, paras air sungai di dua stesen utama iaitu Parit Utama di Padang Kemunting, Kuala Nerus dan Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman berada pada tahap amaran manakala Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman, pada tahap waspada.

Di KELANTAN, jumlah mangsa yang ditempatkan di enam PPS masih kekal 373 orang daripada 96 keluarga setakat 8.30 pagi ini, sama seperti malam tadi.



Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 312 mangsa banjir di jajahan Pasir Puteh berada di empat PPS iaitu SK Dalam Rhu, SK Wakaf Raja, SK Sungai Petai dan Dewan Kompleks Kamil.

Di Bachok, 61 mangsa ditempatkan di PPS SK Jelawat dan Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor.

Banjir di PERAK, pulih sepenuhnya apabila PPS terakhir di SK Alor Pongsu, Kerian, ditutup petang semalam.

Sekretariat JPBN Perak memaklumkan kesemua 39 orang daripada 14 keluarga yang berlindung di PPS itu dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing apabila banjir surut.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kelantan-pula-kekal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.060887 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list