CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 615|Reply: 0

PSG kukuh cengkaman Ligue 1

[Copy link]
Post time 25-11-2023 12:14 PM | Show all posts |Read mode

Pemain PSG meraikan jaringan Ousmane Dembele (tengah) selepas dia meledak gol ketiga berdepan AS Monaco pada aksi Ligue 1 Perancis di Parc des Princes, Paris awal pagi tadi. – Foto AFP

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) mempamerkan aksi mengagumkan untuk meraih kemenangan 5-2 ke atas AS Monaco dengan lima penjaring gol berbeza awal pagi tadi ketika tuan rumah mengukuhkan cengkaman mereka di puncak Ligue 1.

Gol sumbangan Goncalo Ramos, Kylian Mbappe, Ousmane Dembele, Vitinha dan Randal Kolo Muani memastikan tiga mata buat PSG dengan Takumi Minamino dan Folarin Balogun membalas buat Monaco.

Pasukan kendalian Luis Enrique mengumpul 30 mata, empat mata di depan pasukan tangga kedua Nice, yang melayan kunjungan Toulouse malam esok. Monaco di tangga ketiga dengan 24 mata.

"Apabila dua pasukan dengan tahap ini bermain satu perlawanan seperti hari ini setiap peminat menikmati perlawanan yang menghasilkan tujuh gol," kata jurulatih dari Sepanyol itu pada sidang akhbar.



"Apa yang paling penting buat saya adalah sikap pasukan ini selepas rehat tugasan antarabangsa. Sukar buat jurulatih untuk mempersiapkan bagi perlawanan sebegini tetapi ia berbaloi dan saya gembira dengan keputusannya."



Penyerang PSG, Kylian Mbappe (tengah) mengawal bola di depan jurulatih Luis Enrique (kanan) pada aksi Ligue 1 Perancis menentang AS Monaco di Parc des Princes, Paris awal pagi tadi. – Foto AFP

PSG mendahului pada minit ke-18 apabila Ramos mengambil kesempatan bola muntah daripada penjaga gol Monaco, Philipp Kohn sebelum pemain pelawat Minamino menghukum kesilapan penjaga gol tuan rumah Gianluigi Donnarumma untuk menyamakan kedudukan empat minit kemudian.

"Bola sepak adalah sukan penuh kesilapan, jika ia dilakukan oleh pemain pertahanan atau penjaga gol, ia lebih ketara," kata Luis Enrique. "Gigi bertindak hebat, musimnya luar biasa dan saya gembira dengan persembahannya."

Mbappe mengembalikan pendahuluan PSG menerusi sepakan penalti pada minit ke-39 untuk melebarkan jumlah gol sebagai pendahulu penjaring terbanyak Ligue 1 musim ini kepada 14 gol.

Dembele menyumbat gol pertamanya musim ini untuk mengukuhkan kedudukan PSG 20 minit sebelum tamat sebelum Vitinha menjaringkan gol menakjubkan dari penjuru kotak penalti dua minit kemudian.

Balogun membalas satu gol buat pelawat selepas lorongan cantik Minamino pada minit ke-75 tetapi Kolo Muani melengkapkan kemenangan besar itu pada masa kecederaan.

PSG akan berdepan Newcastle United dalam Kumpulan F Liga Juara-Juara di laman sendiri awal pagi Rabu ini. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... h-cengkaman-ligue-1
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.034638 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list