View: 426|Reply: 0
|
Haaland pemain paling pantas ledak 50 gol
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SOCCER-ENGLAND-MCI-LIV_REPORT_1700959207.jpg)
REAKSI Haaland selepas menembusi gawang Liverpool. FOTO Reuters
London: Erling Haaland mencipta satu lagi rekod Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas muncul pemain paling pantas menjaringkan 50 gol dalam sejarah kejohanan.
Penyerang Manchester City berusia 23 tahun itu melakukannya ketika juara bertahan seri 1-1 dengan Liverpool semalam.
Jaringan itu yang ke-50nya untuk skuad Pep Guardiola dan diledak dalam hanya 48 perlawanan. Ia kurang 17 perlawanan berbanding mana-mana pemain Liga Perdana sebelum Haaland dengan paling hampir ialah legenda Manchester United, Andy Cole yang mengumpul 50 gol dalam 65 penampilan.
Bekas pemain England itu kemudiannya meledak 187 gol dalam aksi Liga Perdana selepas menjaringkan 24 gol di Divisyen Pertama.
Pemain selepas Cole ialah Alan Shearer yang mencipta 50 gol dalam 66 perlawanan diikuti Ruud van Nistelrooy, Fernando Torres dan Mo Salah.
Musim lalu Haaland mengatasi rekod EPL untuk jaringan terbanyak dalam satu kempen apabila meledak 36 kali dalam 38 perlawanan pada musim pertamanya di England..
Dia menjadi tonggak skuad Man City yang muncul kelab kedua Inggeris yang menjuarai tiga trofi musim lalu.
Haaland mengekalkan momentumnya pada permulaan musim 2023/24 apabila menjaringkan 14 gol dalam 13 perlawanan.
Secara keseluruhan jumlah jaringan bintang Norway itu untuk kelab dan negaranya ialah 232 gol dalam 282 perlawanan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... pantas-ledak-50-gol |
|
|
|
|
|
|
| |
|