CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4849|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Bincang isu keselamatan perairan negara, keterjaminan makanan dengan Vietnam

[Copy link]
Post time 28-11-2023 03:14 PM | Show all posts |Read mode


Rembau: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya di Vietnam berkaitan pelbagai perkara membabitkan kepentingan negara.

Beliau berkata, perbincangan itu akan dilakukan ketika beliau mengadakan lawatan kerja tiga hari ke negara berkenaan mulai Ahad ini.

"Saya akan ke Vietnam untuk bertemu dengan rakan sejawat bagi mengadakan perbincangan lanjut membabitkan pelbagai perkara termasuk isu keselamatan sempadan dan perairan negara selain menandatangani perjanjian persefahaman dengan negara berkenaan.

"Saya juga akan bertemu Perdana Menteri Vietnam bagi membincangkan dagangan dua hala dan jaminan makanan kerana negara kita membeli banyak bekalan beras daripada Vietnam.

"Ini juga akan saya sentuh supaya keterjaminan makanan kita tidak terlepas kerana kita bimbang jika mereka (Vietnam) membuat keputusan untuk tidak lagi mengeksport beras ke negara ini.

"Dan ini (jika berlaku) sudah tentu akan memberi kesusahan kepada kita, seperti mana dilakukan India yang tidak mahu menjual dan membawa beras keluar dari negara itu, sekali gus mengakibatkan harga beras import melambung tinggi," katanya selepas merasmikan Hari Khidmat Pelanggan dan Jualan Agro Madani Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rembau, di Dewan Arora Rembau, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chembong, Datuk Zaiful Bahri Idris.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, isu keselamatan nelayan dan pencerobohan penangkapan ikan di perairan sempadan negara juga akan turut diberikan perhatian ketika lawatan kerja berkenaan.

"Saya akan memberikan perhatian serius kepada aspek memperkasakan lagi semangat Asean ini supaya kita akan terus mengamalkan dasar terbuka iaitu zon bebas, aman dan berkecuali (ZOPFAN)," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad menggesa PPK memainkan peranan proaktif dengan agensi kerajaan dalam membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan mengadakan bekalan bahan makanan.

Menurutnya, kerajaan berusaha mengurangkan kebergantungan pihak luar untuk membekalkan bahan makanan.

"Ketika ini sebahagian bahan makanan diimport dari luar negara dan apabila nilai ringgit jatuh berbanding dolar Amerika, ia memberi kesan ketara.

"Oleh itu, PPK boleh dan perlu memainkan peranan untuk dapat galakan unit-unit dan ahli supaya mengusahakan tanah dengan projek pertanian dan pengeluaran makanan.

"Cukup-cukuplah kita tanam kelapa sawit, kita tanam kelapa pula kerana ketika ini kelapa juga kita terpaksa import dari Indonesia bagi menampung keperluan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.056894 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list