CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5655|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kerajaan Negeri Sembilan daftar Kebaya Setengah Tiang di MyIPO

[Copy link]
Post time 28-11-2023 04:58 PM | Show all posts |Read mode


SEREMBAN: Bagi memelihara keaslian dan keunikan Kebaya Setengah Tiang, kerajaan Negeri Sembilan telah mendaftarkan busana tersebut sebagai harta intelek dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) baru-baru ini.

Busana berkenaan yang dikenali Kebayo Setongah Tiang mengikut kepada dialek Negeri Sembilan adalah antara yang berada dalam sembilan Identiti Negeri Sembilan yang telah pun dilancarkan

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan memberitahu, pendaftaran di bawah kategori Petunjuk Geografi itu adalah bagi memastikan pola dan potongan asal busana tersebut kekal menjadi identiti Negeri Sembilan serta rujukan kepada orang awam.

“Pendaftaran itu sebagai usaha mendaftarkan identiti Negeri Sembilan yang lain supaya turut boleh didaftarkan sebagai paten, hak cipta, cap dagangan dan reka bentuk perindustrian,” katanya.

Menurut kenyataan itu, busana berkenaan dipakai oleh golongan istana, bangsawan dan rakyat biasa sejak 1920-an.

“Perbezaan ketara bagi penggunaan baju antara majlis rasmi dan tidak rasmi adalah pilihan fabrik yang digunakan dan penggunaan fabriknya disesuaikan mengikut majlis keramaian seperti kenduri serta undangan perkahwinan.

“Baju kebaya setengah tiang juga sering digayakan pegawai kerajaan dan guru semasa mengajar di sekolah disebabkan potongan pola yang mudah untuk bergerak.

Jelasnya, kerabat diraja terutama Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan mempelopori pemakaian busana Kebaya Setengah Tiang dalam acara rasmi di istana.

Selain itu, katanya, keistimewaan dan keunikan kebaya itu juga turut diserlahkan menerusi pertandingan bagi memelihara keaslian serta memberikan nafas baharu terhadap busana itu.

“Busana berkenaan mempunyai potongan tujuh berbanding baju kebaya labuh yang mempunyai potongan sembilan dan pola baju masih bersifat ‘mengurung’ anggota badan,” katanya,

Dalam pada itu, kerajaan negeri turut menjalankan kajian bagi mengumpul maklumat dan menganjurkan bengkel jahitan bagi merekabentuk semula pola asal Kebaya Setengah Tiang itu sekali gus mempopularkannya kepada masyarakat selain baju kurung


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.559989 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list