CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2750|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Remaja 17 tahun antara suspek ditahan curi motosikal di Nilai

[Copy link]
Post time 29-11-2023 06:08 PM | Show all posts |Read mode

TIGA buah motosikal dan tiga buah rangka motosikal pelbagai model yang dirampas susulan penahanan dua lelaki di Pulau Carey, Selangor yang disyaki terlibat dalam kejadian curi motosikal pada 27 November lalu.

SEREMBAN – Dua orang lelaki diberkas polis di Pulau Carey, Selangor pada 27 November lalu selepas dipercayai terlibat dalam kes curi motosikal di Nilai di sini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, suspek yang ditahan masing-masing berumur antara 17 dan 18 tahun.

Katanya, tangkapan ke atas suspek susulan kaunter aduan Balai Polis Nilai menerima aduan daripada seorang lelaki berumur 18 tahun pada pukul 1.26 petang Isnin lalu.

“Pengadu menyatakan pada pukul 10 pagi hari yang sama, semasa berada di rumah di sebuah pusat komersial di Nilai, dia menyedari motosikal miliknya tiada disyaki dicuri. Kerugian yang dialami dianggarkan berjumlah RM2,000,” katanya hari ini.

Abdul Malik berkata, bertindak atas maklumat, pihak polis berjaya menahan kedua-duanya beserta tiga buah rangka dan motosikal pelbagai model turut dirampas.

“Hasil siasatan mendapati suspek terlibat dalam beberapa kes curi motosikal di kawasan Nilai dan Selangor. Berikutan itu, kesemua suspek direman selama tiga hari mulai semalam hingga esok,” katanya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... motosikal-di-nilai/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.082926 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list