CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1748|Reply: 0

[Johor] Johor tubuh pusat pemulihan akidah, LGBT

[Copy link]
Post time 29-11-2023 08:33 PM | Show all posts |Read mode


Iskandar Puteri: Kerajaan Johor akan menubuhkan pusat pemulihan bagi menangani isu akidah terpesong serta individu yang terbabit dalam aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pusat pemulihan bagi golongan yang mengamalkan LGBT itu adalah pertama kali diwujudkan di Malaysia.

Sehubungan itu katanya, Kerajaan Johor memperuntukkan sebanyak RM400,000 bagi mewujudkan pusat pemulihan yang dijangka beroperasi pada Julai, tahun depan.

Pusat pemulihan ini bukan sahaja diwujudkan bagi mereka yang terpesong akidahnya tetapi juga menempatkan golongan individu yang mengamalkan LGBT yang disabitkan kesalahan jenayah oleh Mahkamah Syariah, Enakmen 26-Musahaqah, supaya kembali ke fitrah asal dan bertaubat.

Kewujudan pusat pemulihan bagi golongan yang mengamalkan hubungan sesama jantina ini adalah pertama diwujudkan di negara kita.

"Tujuan penubuhan pusat pemulihan ini bukan sahaja bagi membimbing dan memulihkan golongan yang ingin bertaubat malah sebagai platform memupuk kesedaran kembali ke jalan yang benar.

"Ketika ini pusat pemulihan ini sedang dalam proses persiapan kemasukan harta modal di bahagian pejabat, asrama pelatih lelaki dan perempuan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soalan lisan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Mohd Fared (BN- Semerah) sebelum itu menjawab soalan Abdul Aziz Talib (PN-Maharani) berhubung jumlah saudara baharu sejak 2020 sehingga dan rancangan dakwah kepada mereka dan umat Islam di negeri ini.

Dalam pada itu, Mohd Fared berkata, sebanyak RM15 juta setahun diperuntukkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) kepada Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita bagi pelaksanaan pelbagai aktiviti dakwah serta kebajikan.

"Seramai 2,845 individu telah berdaftar memeluk agama Islam sejak 2020 sehingga November tahun ini

"Pecahan membabitkan seramai 728 orang bagi tahun 2020; 688 orang (2021); 796 orang (2022) dan 633 orang sehingga November tahun ini.

"Saudara baharu kita yang berdaftar di negeri Johor terdiri daripada pelbagai latarbelakang kaum antaranya Cina, India, Iban, Bidayuh, Kadazan, Orang Asli serta warganegara asing dari Filipina dan Vietnam," katanya



Disiarkan pada: November 29, 2023 @ 1:58pm

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.107554 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list