View: 2271|Reply: 0
|
[Johor]
Penyewa cabut lari tak sanggup hadapi banjir
[Copy link]
|
|
Md. Johari menunjukkan aliran parit yang perlu diselenggara di Jalan Balau, Taman Desaru Utama, Kota Tinggi.
KOTA TINGGI – Penduduk di Jalan Balau, Taman Desaru Utama, di sini sudah penat dan letih berdepan banjir yang berlaku sebanyak tiga kali sejak 2021.
Ramai penyewa juga mula ‘angkat kaki’ berpindah ke tempat lebih selamat kerana tidak sanggup lagi menanggung rugi.
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Balau, Md. Johari Dol mendakwa, saluran parit di hadapan Jalan Balau yang tidak diselenggara dengan sempurna antara punca banjir.
Katanya, meskipun beliau dimaklumkan bahawa terdapat saluran parit baharu dibina, namun penduduk masih bimbang akan keberkesanannya.
“Sejak tinggal di sini pada tahun 2014, kami tidak pernah dilanda banjir. Antara punca bah berlaku sebanyak tiga kali sejak 2021 adalah disebabkan parit yang kecil dibina di kawasan perumahan ini.
“Ditambah pula peningkatan penerimaan air di saluran parit melalui pembukaan taman perumahan baharu serta hujan yang berterusan menyebabkan air melimpah ke kawasan rumah penduduk.
“Sekurang-kurangnya parit di Jalan Balau ini juga perlu diselenggara, didalamkan agar air dapat mengalir lancar, seterusnya mengelakkan berlaku kejadian banjir,” katanya.
Md. Johari berkata, ekoran kejadian itu, ada penduduk yang terpaksa membina ruangan khas di tempat tinggi untuk menyimpan barangan serta perkakasan rumah.
“Penyewa boleh cari rumah lain, tetapi pemilik macam kami takkan kami hendak tinggalkan rumah ini.
“Sekarang banjir melanda Pantai Timur, biasanya selepas itu diikuti Pahang dan Johor. Kami harap tidak akan berlaku banjir kali keempat,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... ggup-hadapi-banjir/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|