CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3863|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Dua rakan berdepan hukuman mati, edar empat kg dadah

[Copy link]
Post time 30-11-2023 12:55 PM | Show all posts |Read mode

SEAH Wai Lun (dua dari kiri) dan Muhammad Kumaran dihadapkan ke Mahkamah Majistret Gemas, Tampin hari ini, atas dua pertuduhan bersama mengedar dadah seberat lebih empat kilogram di daerah Tampun, minggu lalu.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.



TAMPIN: Dua orang rakan berdepan hukuman mati selepas mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Gemas, Tampin hari ini, atas dua pertuduhan bersama mengedar dadah seberat lebih empat kilogram di daerah ini, minggu lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh iaitu Seah Wai Lun, 33, dan Muhammad Kumaran Gurubaran Arumugam, 34, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Kartini Kasran.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, mereka didapati mengedar dadah berbahaya jenis kanabis dengan anggaran berat 4,164.2 gram dan heroin dengan anggaran 77.7 gram.

Kesalahan itu dilakukan pada 23 November lalu kira-kira pukul 5.45 petang di hadapan sebuah rumah di Bandar Utama Tampin.

Oleh itu, kedua-duanya telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kedua-dua tertuduh tidak ditawarkan jaminan kerana kes melibatkan hukuman mati.

Sementara itu, Wai Lun di mahkamah yang sama turut didakwa atas tiga pertuduhan lain dan kesalahan itu dilakukan pada lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Berdasarkan pertuduhan pertama hingga ketiga, dia didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan anggaran berat 50.1 gram; Nimetazepam dengan anggaran berat 48.4 gram dan kanabis dengan anggaran berat 13.8 gram.

Oleh itu, dia dituduh mengikut Seksyen 39B (1) (a) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama; Seksyen 12(2) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta yang sama dan Seksyen 6 ADB 1952.

Bagi pertuduhan kedua yang berhadapan dengan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun dan pertuduhan ketiga didenda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun, Wai Lun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Majistret kemudiannya menetapkan 11 Januari tahun hadapan untuk sebutan semula semua kes dan laporan kimia.-UTUSAN.
https://www.utusan.com.my/berita ... dar-empat-kg-dadah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.215207 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list