CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6778|Reply: 0

[Johor] 4 keldai akaun mengaku salah

[Copy link]
Post time 30-11-2023 02:54 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Afiq keluar dari Mahkamah Majistret Muar selepas didenda RM300 kerana menjadi 'keldai akaun'. FOTO Alias Abd Rani

Muar: Empat termasuk seorang wanita yang menjadi keldai akaun bagi sindiket penipuan didenda selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki wang secara penipuan sejak 2022 hingga bulan ini.

Mereka ialah suri rumah, Shantini Veerasingam, 34; pemandu peribadi, Mushaha Abdul Muzafar, 35; Muhammad Afiq Ismail, 34, dan Mohd Amin Ahmad, 37, masing-masing mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Mengikut pertuduhan, Shantini, Muhammad Afiq, Mohd Amin didakwa gagal memberi penjelasan munasabah berhubung milikan wang masing-masing sebanyak RM1,520, RM300 dan RM2,187 dalam akaun bank mereka yang disyaki diperolehi secara penipuan.

Shantini didakwa melakukan perbuatan itu di Taman Bahagia, Jalan Abdul Rahman manakala Muhammad Afiq dan Mohd Amin, di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar antara Ogos 2022 hingga 25 November lalu.



Berikutan itu ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan boleh dihukum di bawah akta sama iaitu denda RM1,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Manakala Mushaha pula didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memilik harta curi iaitu wang tunai berjumlah RM5,000 kepunyaan Nur Ain Mohd Pairin, 47, di Jalan Yusof, di sini, pada jam 11.47 pagi, 10 Februari lalu.

Bagi seksyen ini, tertuduh boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Arif Marzuki manakala keempat-empat tertuduh diwakili Tan Xin Ran daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Pihak pendakwaan sebelum itu memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap kesemua tertuduh serta demi kepentingan awam.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM400 terhadap Shantini, Mushaha dan Mohd Amin manakala denda RM300 kepada Muhammad Afiq.

Mahkamah juga mengarah kesemua tertuduh dipenjara antara dua hingga empat bulan jika gagal membayar denda.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... akaun-mengaku-salah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.105121 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list