View: 6403|Reply: 0
|
[Johor]
Ibu bawa diri dirayu pulang
[Copy link]
|
|
S Kaliammal dikesan keluarga. Gambar Ihsan keluarga
Kota Tinggi: Wanita bimbang dengan keselamatan ibunya berusia 73 tahun yang menghilangkan diri sejak seminggu lalu.
Wanita terbabit yang juga seorang Ibu tunggal, T Mageswari, 56, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan ibunya, S Kaliammal pada malam Khamis lalu di kediaman keluarga di Taman Sri Lalang di sini.
Menurutnya, dia tidak sangka ibunya bertindak keluar rumah tanpa pengetahuan keluarganya pada pagi Jumaat lalu dan gagal pulang ke rumah sehingga kini.
"Sejak kebelakangan ini, ibu kerap merajuk bagi isu kecil yang timbul namun saya mahupun anak menyayanginya seperti biasa.
"Sebelum ini ibu pernah bekerja sebagai pekerja bahagian pembersihan dan menjadi tulang belakang keluarga selepas suami saya meninggal dunia.
"Akibat faktor usia, saya dan empat orang anak perempuan saya menasihati ibu supaya berhenti kerja dan berehat di rumah," katanya.
Mageswari berkata, selain melaporkan kehilangan ibunya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi pada 24 November lalu, ahli keluarganya juga sudah berusaha mencari warga emas itu di beberapa lokasi termasuk di Plentong, Johor Bahru dan Larkin.
Menurutnya, dia juga sudah menghubungi keluarga kenalan keluarganya namun masih tidak menerima sebarang maklumat berkaitan wanita itu.
"Saya merupakan anak tunggal dan selama ini saya tidak pernah berpisah dengan ibu.
"Saya mohon maaf sekiranya pernah membuatkan ibu tersinggung sebelum ini dan harap dia pulang ke rumah secepat mungkin.
"Saya juga mohon orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan ibu menghubungi talian 0108870463 atau balai polis berhampiran," katanya ketika dihubungi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -diri-dirayu-pulang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|